GEMPAR !!!!! POLIS DAN DBKL Rampas Khemah, Tangkap 2 Aktivis (Update 10 pagi)

| comments


Mereka sedang terdesak, seperti apa yang "tukanglawan" sebutkan dalam artikel yang lepas, Kerajaan sangat takut dengan kebangkitan mahasiswa, baru sebentar tadi DBKL melakukan serbuan pada pagi ini.

sebanyak 64 buah khemah telah dirampas oelh pihak DBKL, selain itu bekaln makanan dan kelengkapan mereka juga telah dirampas.

2 orang Aktivis iaitu fahmi reza dan Oma telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Dang Wangi, dapat berita orang ramai kini sedang berkumpul di Dang wangi.

"Tukanglawan" akan update lagi.



Update 9 pagi...

Serangan oleh DBKL dikatakan dilakukan pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 64 khemah dan lain-lain kelengkapan dirampas, 2 aktivis telah ditangkap dan dibawa ke dang wangi....

Mereka perlu pertolongan anda supaya berhimpun di IPD Dang wangi secepat mungkin.

Mereka juga perlukan khemah, cat pelaka, mounting board/kain putih, coloured tapes, duck tapes, masking tapes, canopy


Gambar terbaru


Update 10 pagi

#occupydataran akan mengadakan sidang media khas pada jam 1130 pagi nanti., dalam laman twitternya mereka menyeru lebih ramai lagi aktivis dan mahasiswa berkumpul di dataran merdeka.

Pegawai polis yang menangkap Fahmi reza memakai pakaian biasa dan tidak memperkenalkan diri mereka ketika menangkap dan membawa Fahmi reza ke balai, apakah itu normal?, sepatutnya pada pandangan "tukanglawan" pihak polis perlu memperkenalkan diri mereka sebelum "mengambil" sesiapa pun.

Keadaan di dataran merdeka sekarang dipenuhi ramai penyokong, mereka datang membawa bantuan dan bekalan makanan.

Video pagi tadi disini


Tukanglawan akan update lagi dalam masa terdekat
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit