Bersih2.0 - "20 polis pukul saya" kata saksi

| comments

Sekadar gambar hiasan polis kejam
Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0, Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 Pahang, tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai. 

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” 


Semasa perjalanan pulang itu beliau  memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggilnya lalu meminta baju berkenaan. beliau enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas sebelum mereka mengkasari Badrul Hisham.


 

Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng". katanya lagi

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,” ujarnya.

Badrul berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.


@TUKANGLAWAN Polis diraja malaysia atau dah tukar Polis diraja umnoapco... kalau polis diraja umnoapco memang la jahat.


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit