Apa yang "tukanglawan"mahu anda thu ialah berkaitan gambar ini, perhatikan, anggota ini tidak mempunyai nama atau apa-apa tanda pengenalan diri pada pakaian yang digunakannya.
Malah menjadi satu perkara yang pelik ialah anggota ini menyembunyikan identitinya dengan menutup muka, mungkin ada yang akan kata ia mungkin melindungi diri dari menyedut gas pemedih mata. namun kenapa hanya mulut ditutup... anggota ini tidak melindungi mata... atau ini sengaja dilakukan kerana mereka memang hanya mahu menyembunyikan identiti diri.
Baiklah, mengikut sumber yang boleh dipercayai, setiap kumpulan anggota yang akan menakutkan peserta himpunan dengan mengejar, sepak dan terajang orang awam, pasti akan ada kelibat 1 atau 2 orang yang seperti ini, menutup muka untuk tidak dikenali, dan memakai baju seragam tanpa apa-apa pengenalan diri.. persoalannya.. mengapa?
Perhatikan pula apa yang dipegang oleh lelaki dalam gambar ini, ianya mungkin sepasang gari.. namun pelik cara ia dipegang, ia memang dipegang dengan tujuan menjadikannya senjata.
Semoga Allah akan memberi keinsafan dan membuka pintu hati mereka.. semoga diberikan Allah satu tanda agar mereka sedar betapa tercelanya sikap dan perbuatan mereka kepada orang awam.. amin.
Ketua polis negara perlu jawab isu ini, mengapa ada anggota tidak punya identiti pada pakaian mereka.
Ketua polis negara perlu jawab isu ini, mengapa ada anggota tidak punya identiti pada pakaian mereka.
@TUKANGLAWAN Anggap lelaki ini dayus, kebal kerana pakaian, jika berani bukak baju itu.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.