Puak-puak Rejim UmnoApco yang semakin panik dan meroyan gara-gara himpunan BERSIH 2.0 tempuh hari semakin hebat memuncakkan serangan bagi mengelirukan rata-rata orang melayu islam di negara ini.
Pemutar belit Rejim UmnoApco mengaitkan apa yg dilakukan dahulu oleh Datuk Ambiga dalam beberapa kes terdahulu berkait dengan "Agama" dengan harapan dapat mengelirukan orang islam supaya menolak Ambiga dan BERSIH, malah cuba mengelirukan ramai dengan harapan mereka akan membuka hati menerima kembali umno.
Isu itu senang dijawab.
"mengapa mahu menyalahkan Ambiga yang bukan beragama islam, mengikut kefahamannya, apa yang dilakukannya itu tidak salah, jadi kita sebenarnya perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal memberi kefahaman sebenar berkait dengan Islam kepada orang bukan Islam, bagi tukang lawan , jika waktu itu Ambiga memahami hukum Islam, dia mungkin tidak berani bermain dengan perkara tersebut.
Namun bukan itu sebenarnya yang mahu tukang lawan sampaikan, Tukanglawan bukanlah bijak hal agama, lebih baik persoalan itu dijawab oleh yang arif, bukan tukang lawan, itu cuma pendapat tukanglawan.
Apa yang tukanglawan mahu kongsi ialah peristiwa Hilful Fudhul
Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:
شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ،
وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ
Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.
Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.
Nabi sanggup pergi walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.
Nabi seorang yang cerdik dan dapat membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk.
Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk.
Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.
@TUKANGLAWAN Mintak puak umnoporno cari la isu lain, kenapa sangat takut dengan tuntutan BERSIH 2.0 jika tiada udang disebalik mee?, bagaimana pula dengan isu najib berjumpa pope?.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.