Bersih2.0- IGP menipu selepas tonton youtube

| comments




Memang kali ini tanpa berselindung ketua polis Negara terus memperbodohkan diri sendiri, tidak kah dia merasa malu penipuan sebelum ini terbongkar, kononya polis tidak menggunakan kekasaran pada peserta pada himpunan BERSIH 9 julai (907)

Perkara itu terus disangkal oleh video yang dimuat naik ke youtube dan gambar-gambar yang terus disiarkan dilaman sosial dan blog khususnya.

Sila lihat contoh video dibawah



Mungkin ketua polis ini adalah manusia yang sudah terlalu mabuk dalam kuasa ( tanggungjawab sebenarnya) sehingga merasakan apa yang dilakukanya, dikatakan akan dipercayai bulat-bulat oleh orang awam,
Mungkin ya jika yang mendengar atau membaca kenyataan tersebut adalah puak-puak songkok tinggi rejim umnoporno yang sudah terlalu taksud dengan racun setia pada pemerintah, walaupun terbukti pemerintah itu kejam dan sudah tidak releven lagi.

Sebab itu kadang kadang orang selalu gunakan perkataan sesorang itu terlalu bebal dengan ungkapan dibawah

“jangan jadi bodoh macam umno”

Berbalik kepada sidang media yang tersiar di astro awani malam tadi, ketua polis negara dengan tanpa bersalah mahu menipu dan memperbodohkan sekali lagi semua rakyat Malaysia. Apa yang mencuit hati dan menimbulkan berang ialah kenyataan beliau bahawa

“Semua video dan gambar yang disiarkan internet adalah video palsu dan telah diubahsuai,“

Bukankah bodoh sekali kenyataan “dia” itu , budak tadika pun tahu video itu adalah tulin, bukan seperti video hitam putih yang muka pun tidak jelas,

Tapi tak tahu lah jika video yang disiarkan itu semuanya lakonan, mungkin betul juga kata IGP, video dan semua gambar yang dimuat naik itu tipu belaka ia hanya lakonan.mungkin "dia" dapat membuktikannya.

Mungkin video yang dimuat naik itu adalah lakonan semata-mata, ketuak polis negara itu mungkinantara pengarah video lakonan itu, sebab itu dia tahu., dan pegawai tertinggi polis juga berkomplot dengan peserta himpunan untuk “sengaja” mengambarkan FRU dan anggota polis sengaja menggunakan kekerasan pada peserta himpunan.

Mungkin mereka mahu menarik simpati rakyat dan meraih sokongan... mungkin mereka mahu menubuhkan parti baru agaknya.. "parti rejim kepolisian umnogok apco"

Malah terdapat adengan didalam video berkenaan dimana seorang peserta himpunan sengaja mematahkan kakinya untuk menambah baik kesan khas, malah lebih teruk seorang warga tua berlakon sedang mengalami kekejangan yang sangat teruk sambil tangan terikat.

Namun lakonan yang paling hebat menurut ketuai polis negara itu lagi mungkin kematian seorang demostran. Yang jenazahnya diiringin ratusan orang dalam perjalanan terakhir sebelum Arwah dikebumikan.

Mungkin itu yang terfikir dikepala benak ketuak polis negara  ini “dia” sebenarnya sudah tidak mampu lagi menafikan keganasan polis,

kadang-kadang adalah bodoh untuk terus menipu, apatah lagi polis seharusnya seorang anggota yang jujur dan berpihak kepada kepentingan rakyat, jika begini la sikap ketuak polis negara. Seeloknya letak sahaja jawatan, kerana “dia” tidak lagi boleh dipercayai.

“kadang-kanag mengakui sesuatu itu lebih mudah dan lebih terhormat dari terus-terusan mahu tegakkan benang basah”

@TUKANGLAWAN tak mahu ketua polis yang merepek macam nei, tak jujur dan berat sebelah


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"
Bantulah saya sila klik sini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit