Memaparkan catatan dengan label SAMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMM. Papar semua catatan

Panas!! 4 Ahli DAP Kerana Mahu Dijadikan Tebusan Kerana Kamera.

| comments

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu,” katanya lagi.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Polis Diam membatu Bila Puak umnoBuat Provokasi.

| comments

28 Oktober 2010
Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Prog Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR

Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis dtg memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.

Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dlm balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.

Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.

Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.

Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...

Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bongkar Skandal Kapal Selam, SAMM Jelajah Seluruh Negara.

| comments

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. 

Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. 

Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. 

Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan kepada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. 

Peserta juga akan dibekalkan dengan ‘kit ceramah’ berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen – dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar – benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada ‘rapat umum’ Ceramah Penerangan Skandal Scorpene yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama – nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

21 Oktober 2012 
Taklimat Tertutup Skandal Scorpene 
12 tengahari – 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.

Ceramah Umum ‘Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene’
9.00 mlm – 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.
4 Nov 2012 – siri Zon Selatan di Johor
10 Nov 2012 – siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara. Tekad SAMM untuk membantu SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai yang menguasai skandal scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan skandal scorpene kepada rakyat.

Sekian.
Chegu Bard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit