Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda
akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah
ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian
Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang
negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.
Pembelian
yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan
beberapa kes sensasi negara yang lain.
Pada masa itu Datuk Seri Najib
Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara
langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut.
Suaram telah
membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis.
Panik dengan
perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai
sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim
cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan
untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis
berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal
selam tersebut.
Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun
memberikan penerangan kepada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini
mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami
isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi
membahayakan negara.
Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada
rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan
menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal
menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami
dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.
Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat
Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari
Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team
Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta
berkaitan Scorpene.
Peserta juga akan dibekalkan dengan ‘kit ceramah’
berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen – dokumen sulit
bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk
menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar – benar
faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas
itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.
Malamnya pula akan ada ‘rapat umum’ Ceramah Penerangan Skandal
Scorpene yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia
Gabriel sendiri selain nama – nama penceramah besar yang lain. Akan
dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan
dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan
bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang
sebenarnya berlaku.
Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.
21 Oktober 2012
Taklimat Tertutup Skandal Scorpene
12 tengahari – 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.
12 tengahari – 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.
Ceramah Umum ‘Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene’
9.00 mlm – 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.
9.00 mlm – 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.
4 Nov 2012 – siri Zon Selatan di Johor
10 Nov 2012 – siri Zon Pantai Timur di Pahang
Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan
maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan
rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara. Tekad SAMM untuk membantu
SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai yang menguasai skandal
scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan skandal scorpene
kepada rakyat.
Sekian.
Chegu Bard
Ketua Penyelaras
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.