Memaparkan catatan dengan label Rezab Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezab Melayu. Papar semua catatan

Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.

| comments (18)


Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.


Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

‎ Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

sumber info klik sini
Tangisan penduduk klik sini
Kisah Rimba Jaya klik sini

Rakyat Didahulukan Untuk Hadir Majlis Menteri

| comments


Assalamualaikum.

Peniaga digantung tapak jualan mereka atas alasan tidak menghadiri program menteri?Apakah ini yang melaungkan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan"?Atau hanya sekadar laungan RETORIK melepaskan BATUK DI TANGGA?

Hebat sungguh Kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui UMNO ini.

Janganlah kerana TERDESAK untuk meramaikan majlis yang tentunya tidak berfaedah itu harus MENGARAHKAN rakyat untuk hadir.Sudah macam pelajar sekolah pula dipaksa menghadiri program.


".....daripada aku hadir majlis menteri UMNO,lebih baik aku berniaga"



-AAAA

Pemimpin umno pengkhianat bangsa, perosak negara

| comments


Nukan main lagi puak umno nei menfitnah orang pakatan sebagai pengkhianat, bodoh , kuda tunggangan dan banyak lagi perkataan jelik, Merka seolah-olah suci dan mulus seperti mutiar yang bersinar, namun itukah hakikat yang sebenar?

jahatnya pemimpin puak ini sudah diketahui, semakin ramai yang sedar, digambarkan oleh media arus perdana seolah mereka ini tersangat baik dan perihatin, tertipu sekelian orang akan lakunan mereka.

mana mungkin seseorang itu iklas berjuang bila segala peluang yang ada direbut tanpa tinggal sikit pun untuk orang lain , selagi ade tanah TOL mahu disapu mereka, Selagi ade tawaran pertanian ada saja nama mereka, padahal rumah sudah tersergam besar, kereta mewah silih berganti, kehulu kehilir fikir bisnes.

apa lagi yang tinggal untuk orang seperti kita?

konon cerita Umno lah pembela orang melayu, maka ramai la yang tertipu, padahal dalam diam pemimpin puak ini lah penderhaka.. mereka mahu menggadai semunya, buat mengisi tabung peribadi milik mereka.

TUKANGLAWAN sedih sekali bila orang melayu yang mendabik dada kata mereka lah perwira membohongi rakyat, depan kita mereka berpura, belakang kita, mereka lah penderhaka.

Kampung Kerandang Tidak Pernah Diiktiraf Sebagai Penempatan Sah

| comments

SHAH ALAM 19 Mei – Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai apa-apa rekod mengiktiraf Kampung Kerandang yang terletak dalam hutan simpan Bukit Tarek di Hulu Selangor sebagai satu penempatan yang sah.
“Berdasarkan taklimat oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tengahari tadi, Kampung Kerandang bukan sebuah kampung yang sah serta tidak mempunyai ketua kampung dan JKKK yang diiktiraf oleh Kerajaan negeri. Perkara ini juga disahkan oleh Penghulu Mukim Batang Kali,” kata kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar hari ini.
Dalam taklimat itu, Jabatan Hutan Negeri Selangor serta pengarah Pengurusan Tanah dan Galian juga mengesahkan bahawa tiada kelulusan yang telah diberi oleh mana-mana jabatan kerajaan bagi membenarkan rumah atau mana-mana struktur lain dibina di kawasan seluas 1,000 hektar itu yang masih diwarta sebagai hutan simpan.
Walaupun lesen menduduki sementara (TOL) tidak boleh dikeluarkan untuk kawasan hutan simpan, ironinya Pejabat Daerah pada 2001 mengeluarkan lesen TOL kepada 375 keluarga untuk tanaman kontan dengan bayaran RM80 sekeluarga.
Lesen TOL ini tamat pada 2004 dan tidak pernah diperbaharui.
Menteri Besar juga diberitahu Kerajaan Negeri pada 2007 mengiktiraf kawasan tersebut sebagai tanah rizab Melayu bagi menggantikan tanah rizab Melayu di Kuala Langat yang diambil untuk pembangunan.
Perlu ditekankan di sini bahawa penggantian tanah rizab Melayu tidak melibatkan pemindahan kampung atau penduduk.
Ia diganti bagi memastikan jumlah pemilikan rizab Melayu dipertahankan seperti mana termaktub dalam Kanun Tanah Negara tetapi proses pemindahan ini tidak melibatkan individu atau penggantian penempatan.
Walaupun, kawasan tersebut diwarta sebagai tanah rizab Melayu, ia juga masih dikategorikan sebagai hutan simpan. Apabila kawasan tersebut diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu, lebih 700 orang – termasuk 375 pemegang TOL awal – membuat permohonan untuk hak milik tanah.
Senarai penama ini diberi oleh pemimpin UMNO setempat ketika itu dan diberi kepada Pejabat Daerah dengan bayaran RM10 seorang sebagai yuran permohonan.
Bayaran dan perkhidmatan juru ukur bagi pembahagian tanah yang dipohon dibiayai oleh jawatankuasa pemohon namun, Kerajaan Negeri tiada maklumat jika pemohon ada membuat bayaran untuk perkhidmatan tersebut.
Setelah Jabatan Hutan membuat tinjauan terperinci ternyata hanya enam orang keluarga yang terdiri daripada peneroka asal yang melibatkan kawasan seluas 12 ekar yang masih tinggal di kampung itu.
Sehingga kini tiada struktur haram diatas tanah tersebut telah diusik termasuk rumah penduduk serta madrasah yang telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada LZS untuk mendapat penjelasan bagaimana madrasah boleh didirikan tanpa mendapat kelulusan yang sepatutnya.
Kerajaan Negeri juga akan mendapat penjelasan daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) mengapa jalan masuk boleh dibina di kawasan penempatan yang tidak sah dan dan bagaimana Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh membina penyambungan kabel eletrik tanpa pengiktirafan kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri akan mempamerkan senarai nama-nama pemegang TOL asal yang dikeluarkan pada 2001 serta nama-nama yang dicadangkan untuk menerima tanah TOL ini.
“Kita menasihatkan individu-individu yang mahu menarik diri dari menerima tanah TOL supaya berhubung terus dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor,” katanya.
“Mereka yang berhak akan diberi pertolongan oleh kerajaan Negeri. Tapi mereka yang cuba mengambil kesempatan tidak akan dilayan. Kita menyedari ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengeruh keadaan tapi kerajaan negeri akan terus menyelesaikan masalah ini secara professional, telus dan bertanggungjawab,” kata Menteri Besar.

@TUKANG LAWAN dah muak dengar kisah orang umno nei. suka sangat buat sesuatu yang langgar peraturan, tengok la pemimpin-pemimpin umno suka mintak tanah, tak lupa juga seperti yang pernah dikisahkan ketua umno di satu tempat si selangor nak gadi tanah rezab melayu kepada bukan melayu, bukan nak tolong melayu umno nei, nak tolong poket sendiri, ehh entah-entah perkampungan tu nak simpan 2000 warga asing yang nak diberi kerakyatan oleh umno hulu selangor agaknya.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit