Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

Anwar Kene Serbu Lagi Di Perak Semalam

| comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.

Tapi ini bukanlah serbuan gangster-gangster umno atau perkasa yang dipuah 30 ringgit dan sebotol air. sebaliknya serbuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat dan umur yang rata-rata teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.

Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.

Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.

Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.

Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Orang Perak Siap Sedia Untuk Esok

| comments

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kembaranya ke negeri Perak pula pada Ahad, 7 Oktober ini.

Program dijadual bermula jam 3 petang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Gopeng, seterusnya ke Tapak Pasar Malam Titi Gantung, Bota untuk program bersama rakyat.

Anwar kemudiannya akan menghadiri Majlis Minum Petang bersama pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di Markas PAS Titi Gantung, sebelum menunaikan solat dan tazkirah
Maghrib di kawasan yang sama.

Pada sebelah malam, dua ceramah akan diadakan iaitu di Sitiawan dan Bagan Datuk.

Selain Anwar, ceramah bakal dibarisi panel Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Moh Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Mustafa
Kamil Ayub; pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara telah dimulakan pada 31 Ogos lalu selama dua bulan.

Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan berakhir di Perlis.

Siri kedua pada 7 September pula bergerak ke selatan tanahair iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada 14 September, jelajah siri tiga diteruskan ke Johor, negeri yang paling memberi cabaran di sepanjang perjalanan.

Di Johor, bas telah disimbah dengan cat merah buat kali ketiga, samseng Umno datang ke tapak program dan berdemonstrasi, batu dibaling ke arah bas serta paku ditabur atas jalan demi mengganggu kelicinan perjalanan Ketua Pembangkang itu.

Siri terbaru ialah pada 30 September lalu, Anwar turun ke beberapa lokasi di sekitar Selangor.

Lagi Gambar Dan Video Bas Jelajah Merdeka Rakyat Yang Dirosakkan.

| comments

"tukanglawan" kongsikan lagi gambar bas jelajah Merdeka Rakyat yang dirosakkan awal pagi tadi.








Berikut ialah video keadaan bas yang diserang dengan menggunakan batu dan cat merah.



Sementara itu, Anwar ibrahim menjelaskan, walau apa pun yang akan dihadapi Insyallah Bas tersebut akan tetap meneruskan perjalanan dan siri jelajah sehingga pilihanraya nanti,




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Jadual Jelajah Merdeka Rakyat hari ke 2

| comments

Selepas Jelajah Hari pertama Merdeka Rakyat semalam, hari ini program tersebut disambung lagi dengan bermula dengan program Sarapan pagi di Pasar besar siti Khadijah Kota Bahru Kelantan, pada jam 8.30 hingga 9.30 pagi sebelum meneruskan program seperti dibawah.


11.00 – 12.30 tghari Kuala Balah (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Jeli,
Bandar Jeli, Kelantan

1.30 – 2.30 ptg Temenggor (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,
Kg Baru, Kuala Rui, Gerik, Perak

3.00 – 5.00 ptg Pengkalan Hulu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,
Taman Tembusu, Pengkalan Hulu, Gerik, Perak

Buat anda yang berkelapangan bolehlah mengikuti program yang disediakan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

BAS Jelajah DSAI Diserang Awal Pagi tadi.

| comments (2)

Bas Jelajah DSAI diserang awal pagi tadi di Kota Bahru Kelantan, bahagian hadapan Bas berkenaan telah di simbah dengan Cat Merah.


Bagaimana pun belum dapat dipastikan apakah program jelajah itu akan diteruskan, "tukanglawan" beranggapan program itu akan tetap juga diteruskan kerana bas tersebut tidak mengalami kerosakkan teknikal.

Nampaknya Ada yang takut dengan Program jelajah ini sehingga membuat tindakan sabotaj.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit