Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan

Keadilan Cadang Kenakan “jaminan peribadi” Terhadap shahrizat jalil Dan Keluarga Untuk Dapatkan Kembali RM250 Juta.

| comments

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PKR dedah bukti keluarga Shahrizat terlibat pemindahan wang haram

| comments

PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.

 Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.

Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.

Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Yang membayar invoisnya adalah NMLC tetapi bukannya Global Biofuture. Perkara ini terang-terang menyalahi undang-undang kerana ini bermakna NMLC sebenarnya telah membayar invois satu syarikat lain dan pengarahnya perlu didakwa kerana membuat pembayaran secara tidak sah walaupun syarikat itu dimiliki oleh orang yang sama.

“Perkara ini jelas menunjukkan ia telah melanggar Akta Syarikat dan berlakunya pemindahan secara tidak sah, ini bermakna ia melanggar AMLA,” kata Rafizi.

Ekoran urusniaga yang meragukan ini berlaku, Rafizi meminta penjelasan samaada keluarga Shahrizat mengaut untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC, apakah Global Biofuture mengaut untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu kepada NFC dan mengapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki keluarga Shahrizat.

Walaupun tidak memiliki bukti untuk menunjukkan hubungan NFC dengan Global Biofuture secara langsung, Rafizi tetap mencabar NFC untuk menafikan dakwaannya memandangkan banyak keraguan di dalam transaksi yang berlaku melibatkan MNLC.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Shahrizat menghadapi dua dakwaan kes pecah amanah dan dua kes melanggar Akta Syarikat membabitkan wang melebihi RM49 juta hari ini.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di Komplek One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat ands Livestock Corporation dari 5 Mei hingga 16 Nov 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Perkara ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mana Laporan Audit NFC?, Satu Lagi Janji "Dicapati"

| comments

Laporan audit mengenai projek kontroversi Pusat jagaan lembu khabarnya telah pun siap tetapi tidak diumumkam, itu dakwaan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau memberitahu pemberita bahawa pihaknya tahu laporan Pricewaterhouse Coopers yang ditugaskan oleh Muhyiddin Yassin itu sudah siap.

"Kita tahu laporan itu ada, jadi mengapa lambat untuk mendedahkannya? " katanya sambil menambah rakyat menuntut supaya hasil penemuan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan itu dibentangkan di Parlimen.

Memetik "sumber-sumber" bagi menyokong dakwaannya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau juga berharap untuk mendapatkan laporan tersebut melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang beliau merupakan salah seorang anggotanya.

"Tetapi PAC tidak mengadakan mesyuarat," kata Pua.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berkata, Chua Tee Yong yang merupakan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani seharusnya mendesak supaya audit PWC tentang projek fidlot itu dibentangkan di Parlimen kerana ia berada dalam bidangkuasa kementeriannya.

Katanya, Chua seharusnya mengikut langkah kerajaan negeri Selangor, yang telah berjanji untuk membentangkan laporan audit mengenai Talam pada persidangan November DUN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa juruaudit di KPMG mendapati bahawa kerajaan negeri telah membuat "keputusan komersial yang kukuh" dalam penstrukturan semula hutang Talam.

"Kotakan janji. Jangan tuding jari kepada kerajaan negeri Selangor, tetapi tunjukkanlah kepada kami yang anda akan melakukan perkara yang sama," kata Leong kepada kerajaan persekutuan BN.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bekas Hakim Negara Akan bantu Rafizi?

| comments

Ini berita terbaru yang akan buat, najib, Rosmah, Sharizat serta pencacai umno sekelian termenung panjang, bukan setakat termenung, dahi mereka juga akan mengeluarkan cecair yang dipanggil "peluh dingin".

rafizi malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo"

Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.

Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.


Sekian melaporkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cepat Betul NFC bertindak Bila Web Kena Hack

| comments

Laman Web NFC milik keluarga Sharizat jalil digodam semalam gara-gara penahanan Rafizi Ramli, walau bagaimana pun tinjuaan "tukanglawan" mendapati laman web tersebut telah di disable sementara pagi ini.

Laman web tersebut yang digodam oleh SGP Cyber Army adalah sebagai tanda protes terhadap penahanan Rafizi Ramli yang sebelum ini telah mendedahkan penyalahgunaan wang dana ternakan lembu oleh syarikat milik keluarga bekas menteri wanita yang juga merupakan ketua wanita umno itu.

Dibawah adalah printscreen laman tersebut


Dan tinjauan pagi tadi mendapati ianya telah di disable.


Bukan main cepat lagi pihak pengurusan NFC menyelesaikan perkara ini, kerana tidak mahu malu dan bisnes mereka terjejas NFC begitu cepat menutup sementara laman web mereka.

Tapi bila diminta beri penjelasan berkenaan penggunaan kad kredit dan isu penyelewengan lain, bukan main lambat mereka respon..

Fikir-fikirkan la, "Janji Dicapati"

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit