Memaparkan catatan dengan label Liwat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liwat. Papar semua catatan

DOA sebagai SENJATA.

| comments

DOA sebagai SENJATA.




Ya Allah,Jika benar tuduhan terhadap hamba-Mu yang bernama Anwar Bin Ibrahim melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari itu satu fitnah maka,Turunkanlah BALA terhadap mereka-mereka yang terlibat,pecahkan perut mereka sebagai azab dari-Mu sebagai petunjuk kepada kami secepat mungkin.Amin.


"Semoga Allah akan menunjukkan KEBENARAN kepada rakyat Malaysia.Semoga yang ZALIM itu akan JATUH dengan HINA kerana perbuatan FITNAH yang telah dilakukan."



Dari segi 'PENDAKWAAN' itu sendiri tidak berapa kukuh untuk mengaitkan DS Anwar Ibrahim.Mari kita sama-sama berdoa agar perjalanan Mahkamah berjalan dengan lancar dan kemenangan berpihak kepada DS Anwar Ibrahim,insyaAllah.

Perjuangan tetap akan diteruskan menentang yang zalim,UMNO.
LAWAN tetap LAWAN.

AAAA.

Menteri GAY, dulu heboh, kini terdedah?

| comments



Beberapa ketika dahulu, "tukanglawan" pernah siarkan artikel berkenaan seorang menteri kabinet yang didakwa Gay atau pelaku seks sejenis. artikel itu mula disebarkan dilaman-laman blog termasuk blog pro umno sendiri.
Memang terkejut dibuatnya kerana individu tersebut sejak dulu dikhabarkan seorang gay, malah blog umno sendiri membayangkan menteri tersebut selalu berlagak "perkasa" dengan watak selalu memegang keris.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas siapa kah menteri kebinet yang dikatakan sebagai seorang menteri didalam kebinet najib mengikut cerita-cerita yang tersebar sebelum ini sila baca disini dan jika anda mahu mengetahui siapa pasangan yang dikata sebagai "rakan sepermainan" menteri itu sehingga dihadiahkan sebiji kereta mewah, sila baca sini.

Setelah agak lama isu itu ditenggelamkan, kini ia muncul semula, dan kali ini satu sumber antarabangsa (wikileak) telah mendedahkannya.di portal Malaysia Insider.


Persoalannya apakah tindakan najib selepas ini?, sebagai seorang perdana menteri dari parti UmnoApco yang kononnya memperjuangkan bangsa, negara(walaupun gadai) dan agama, adakah mahu terus menyimpan menteri tersebut?, atau kembalikan keyakinan rakyat bahawa dia benar-benar tegas dalam hal ini? atau mungkin berdiam diri kerana mempunyai agenda tertentu atu mahu menyelamatkan individu tertentu?

Sekurang-kurangnya laporan dan maklumat telah bocor, dan rakyat mahu tahu, apakah najib akan melakukan sesuatu terhadap "menteri kesayangan beliau itu", dan menteri yang terasa itu juga harus tampil menafikannya, kerana rakyat hanya mahu tahu adakah benar menteri itu seorang GAY?

Bukan mahu menuduh, cuma mahu kepastian, jika tidak, tidak lah, jika benar, ALLAH lebih tahu walaupun wang dan kuasa diguna untuk tutup rahsia.jom baca lagi ulasan cerita di sini, sini , sini dan sini

@TUKANGLAWAN Mahu lihat apa yang najib akan lakukan, rakyat dan orang umno pun tunggu tindakan najib atau muhyiddin .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Rakyat malaysia diluar negara kecewa isu video seks

| comments

Sedang tukanglawan membalas komen dari seorang pelawat, tergerak hati untuk juga melawat blognya, sambil membelek-belek itu terjumpa satu artikal, beliau adalah seorang pelajar yang belajar jauh dibumi asing, beliau tidak berada disini seperti kita, terpandang satu postingnya tukanglawan agak tertarik untuk terus membaca, inilah luahan hati seorang rakyat malaysia nun jauh disana...



Oh Malaysia !!! Fitnah,Video Seks Dan Liwat
Posted on 25/04/2011 by Milo Ais

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Terharu…..Germpar….Terkilan…Terkejut…Marah…

Begitulah perasaan manusia zaman sekarang.Tiap-tiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai juadah berita yang menimbulkan fitnah dan kontroversi yang melibatkan ahli politik dan politikus di negara kita..Hari ini,aku mendapat tamparan hebat dari kawan-kawanku yang berbangsa arab kerana media massa di negara kita yang keterlaluan dalam menyebarkan fitnah.

Memang sakit hati kalau orang mengatakan negara kita melahirkan peliwat yang berprofil tinggi di kalangan masyarakat bahkan melibatkan tokoh yang sangat terkenal di serata dunia.Aku pelik,mengapa begitu pantas fitnah disebarkan.Adakah wartawan dan yang seangkatan dengannya tidak takut akan azab dan siksaan Allah Ta’ala di akhirat kelak?.Adakah kita dilahirkan untuk melakukan fitnah dan menyebarkannya di serata dunia dan menjajanya untuk kepentingan politik dan peribadi semata-mata? Memang pelik…..

Semoga Allah Ta’ala memberi petunjuk kepada mereka dan pengajaran kerana kerakusannya terhadap kepentingan dunia melebihi kepentingan akhirat yang merupakan medan sebenar untuk manusia kekal hidup tanpa ada kematian lagi..



Setiap hari media massa menghidangkan berita tentang kes liwat yang belum selesai semenjak tahun lepas lagi.Pelbagai andaian telah dibuat.Kita tidak dapat membuktikan kesalahan seseorang sehinggalah si pesalah mendapat keadilan yang sewajarnya dan tidak ada pihak ketiga yang mencampuri urusan mahkamah.Apa yang ajaibnya,orang yang diliwat tidak dapat mempertahankan diri semasa ingin diliwat.Kalaulah dia normal,mengapa tidak melarikan diri sebelum diliwat? Ni dengan selamba jer bagi dirinya diliwat…Adusss…Pening kepala…Lepas tu siap sumpah Mubahalah lagi..Adakah begitu mudah Agama Islam membenarkan umatnya untuk melepaskan diri hanya dengan sumpah Mubahalah? Tidak sama sekali…

Belum pun selesai kes liwat di mahkamah,datang lagi kes baru yang memeningkan rakyat.Video seks tanpa warna plak yang disajikan kepada tatapan umum.Pelik betul,setahu akulah orang yang menyebarkan video lucah akan didakwa di mahkamah kerana kesalah menyebarkan dan mempertontonkannya.Apa yang kita lihat sekarang sebaliknya plak berlaku…Bahkan dengan bangganya video seks dipertontonkan di Hotel…Memang teruk…Nilah akibatnya kerana tidak berpegang pada ajaran agama yang merupakan landasan untuk kita hidup…Yang peliknya sanggup nak datang ke Makkah kerana ingin melakukan sumpah…Memang huru hara politik malaysia sekarang….

Ntahlah ape nak jadi dengan Malaysia ni….Pelbagai berita yang memalukan disebarkan setiap hari.Gosip artis,keruntuhan akhlak,anak zina,pergaulan bebas,rogol,mencuri dan sebagainya merupakan perkara biasa yang terpampar di muka utama akhbar.Masalah keruntuhan akhlak dan pergaulan bebas semakin terjadi-jadi.Anak-anak muda sudah tidak menghiraukan tuntutan agama.Anak-anak gadis perempuan yang masih dara terlalu mudah hilang MAHKOTANYA kerana kerakusan lelaki durjana.Maka bertambahlah rakyat Malaysia yang tidak sah taraf kerana kerakusan duniawi.Begitu mudah maruah tergadai kerana nikmat yang sementara….Memang pelik……….

Aku yang duk Arab Saudi pun kadang-kadang malu nak sembang tentang negara kita walaupun negara kita terkenal dengan produk pelancongan.Memang haru biru politik di Malaysia sekarang…Video seks,fitnah,hiburan yang berlebihan,liwat dan sebagainya telah merosakkan nama baik Malaysia….

Hampeh betulllll…………

Siapakah yang perlu kita persalahkan???? Tepuk dada tanya iman……….. :) Oh Malaysia !!! Fitnah,Video Seks Dan Liwat
Posted on 25/04/2011 by Milo Ais

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Terharu…..Germpar….Terkilan…Terkejut…Marah…

Begitulah perasaan manusia zaman sekarang.Tiap-tiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai juadah berita yang menimbulkan fitnah dan kontroversi yang melibatkan ahli politik dan politikus di negara kita..Hari ini,aku mendapat tamparan hebat dari kawan-kawanku yang berbangsa arab kerana media massa di negara kita yang keterlaluan dalam menyebarkan fitnah.

Memang sakit hati kalau orang mengatakan negara kita melahirkan peliwat yang berprofil tinggi di kalangan masyarakat bahkan melibatkan tokoh yang sangat terkenal di serata dunia.Aku pelik,mengapa begitu pantas fitnah disebarkan.Adakah wartawan dan yang seangkatan dengannya tidak takut akan azab dan siksaan Allah Ta’ala di akhirat kelak?.Adakah kita dilahirkan untuk melakukan fitnah dan menyebarkannya di serata dunia dan menjajanya untuk kepentingan politik dan peribadi semata-mata? Memang pelik…..

Semoga Allah Ta’ala memberi petunjuk kepada mereka dan pengajaran kerana kerakusannya terhadap kepentingan dunia melebihi kepentingan akhirat yang merupakan medan sebenar untuk manusia kekal hidup tanpa ada kematian lagi..

Setiap hari media massa menghidangkan berita tentang kes liwat yang belum selesai semenjak tahun lepas lagi.Pelbagai andaian telah dibuat.Kita tidak dapat membuktikan kesalahan seseorang sehinggalah si pesalah mendapat keadilan yang sewajarnya dan tidak ada pihak ketiga yang mencampuri urusan mahkamah.Apa yang ajaibnya,orang yang diliwat tidak dapat mempertahankan diri semasa ingin diliwat.Kalaulah dia normal,mengapa tidak melarikan diri sebelum diliwat? Ni dengan selamba jer bagi dirinya diliwat…Adusss…Pening kepala…Lepas tu siap sumpah Mubahalah lagi..Adakah begitu mudah Agama Islam membenarkan umatnya untuk melepaskan diri hanya dengan sumpah Mubahalah? Tidak sama sekali…

Belum pun selesai kes liwat di mahkamah,datang lagi kes baru yang memeningkan rakyat.Video seks tanpa warna plak yang disajikan kepada tatapan umum.Pelik betul,setahu akulah orang yang menyebarkan video lucah akan didakwa di mahkamah kerana kesalah menyebarkan dan mempertontonkannya.Apa yang kita lihat sekarang sebaliknya plak berlaku…Bahkan dengan bangganya video seks dipertontonkan di Hotel…Memang teruk…Nilah akibatnya kerana tidak berpegang pada ajaran agama yang merupakan landasan untuk kita hidup…Yang peliknya sanggup nak datang ke Makkah kerana ingin melakukan sumpah…Memang huru hara politik malaysia sekarang….

Ntahlah ape nak jadi dengan Malaysia ni….Pelbagai berita yang memalukan disebarkan setiap hari.Gosip artis,keruntuhan akhlak,anak zina,pergaulan bebas,rogol,mencuri dan sebagainya merupakan perkara biasa yang terpampar di muka utama akhbar.Masalah keruntuhan akhlak dan pergaulan bebas semakin terjadi-jadi.Anak-anak muda sudah tidak menghiraukan tuntutan agama.Anak-anak gadis perempuan yang masih dara terlalu mudah hilang MAHKOTANYA kerana kerakusan lelaki durjana.Maka bertambahlah rakyat Malaysia yang tidak sah taraf kerana kerakusan duniawi.Begitu mudah maruah tergadai kerana nikmat yang sementara….Memang pelik……….

Aku yang duk Arab Saudi pun kadang-kadang malu nak sembang tentang negara kita walaupun negara kita terkenal dengan produk pelancongan.Memang haru biru politik di Malaysia sekarang…Video seks,fitnah,hiburan yang berlebihan,liwat dan sebagainya telah merosakkan nama baik Malaysia….


Hampeh betulllll…………
klik untuk baca blog milo ais disini
Siapakah yang perlu kita persalahkan???? Tepuk dada tanya iman……….. :)






@TUKANGLAWAN Kesan dengan apa yang kerajaan BN lakukan, bagi tukanglawan, apa yang mereka lakukan terlalu melampau, mereka bukan hanya cuba membunuh kerjaya seorang pemimpin pembangkang, tapi  apa yang kerajaan sekarang lakukan cukup kejam. maruah seorang islam cuba dijatuhkan, hidupnya diporak perandakan, kebebasannya diragut,difitnah , diaib kan dan sebagainya, adakah jika kita pemimpin tersebut, kita mampu menahan setiap tekanan ini, mampukah kita ? beliau telajh membuktikan beliau mampu, dan oleh itu , bagi tukang beliau adalah selayak-layak pemimpin, kerana beliau melalui zaman susah senang, beliau masak dengan erti hidup.

50 dalil adanya konsirasi umno jatuhkan DSAI

| comments




Senarai keraguan dan kemuskilan mengenai video seks DSAI

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa?

2.Ketika mencari di belakang laci meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

18 Cikgubad telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya.

19 Dari pemerhatian cikgubad, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

20 Cikgubad menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda)

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium
bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.” Kata Wan Azizah.

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul , Chegubard & Media:

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu)

25 Perut buncit (perut DSAI kempis)

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus)

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap)

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot)

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek.

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin.

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI)

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Chegubard untuk disiasat

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan.

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama.

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama.

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur.

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke?

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam vodeo itu.

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain.

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV?

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai.

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam vodeo berambut pendek.

48 lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit Malaun setan tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut.

49 Kedua2 belah pipi Anwar ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar Anwar.

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T. Inilah konspirasi tertinggi namanya.

@TUKANGLAWAN dah terlalu muak dengan puak umno jahanam ini, mereka seperti pendekar tiada telur yang berjuang seperti budak kecik, lepas satu-satu cerita direka untuk matlamat mereka, rakyat bukan bodoh, rakyat boleh menilai.

Anwar menjawab soalan isu video seks di Yahoo news

| comments



KUALA LUMPUR, 19 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.
“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.
Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”.
Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).
Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, “Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?”
Dalam responsnya, Anwar (gambar) berkata, “contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?”
Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.
Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.
“Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit.”
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”
“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.
Dalam ulasan hari ini, Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa “Datuk T” ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran “Dr MiM” bertanya, “DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda.”
Anwar menjawab, “apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?”
Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.
Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata “tiada sebab” beliau harus dipenjarakan.
“Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!” jawab beliau.
Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa.
“Kita patut mengatasinya,” janji Anwar.

@TUKANGLAWAN Puji DSAI kerana menjawab isu tuduhan keatasnya semasa sesi perbualan langsung dengan yahoo news, kebanyakkan soalan ialah berkenaan isu tuduhan melampau umno keatas diri beliau dan dijawab sendiri oleh beliau, tidak seperti kebanyakkan pemimpin umno yang suka menjawab hanya soalan terpilih.... nah.. siapa lebih telus.. pemimpin UMNO atau PAKATAN RAKYAT.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit