Memaparkan catatan dengan label Keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan. Papar semua catatan

Laluan Maut KL - Rawang Perlukan Jejantas

| comments

Kerajaan diminta membina sebuah jejantas di persimpangan Lebuhraya Kuala Lumpur – Rawang menghala ke Institut Kraf Negara (IKF) di sini ekoran kekerapan kemalangan dan kesesakan yang berlaku di lalu lintas tersebut.

Penduduk di situ mengadu bahawa kemalangan serius yang meragut nyawa berlaku hampir setiap minggu kerana keadaan simpang yang tiada lampu jalan raya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

Kita mencadangkan satu jejantas bagi mengelak kemalangan daripada terus berlaku. Ini kerana pembangunan berterusan menambah bilangan penduduk dan kenderaan.

“Laluan keluar masuk di sini juga kebanyakannya digunakan pelajar terutama dari IKN yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama. Ini tentu satu keadaan yang mendesak di sini,” katanya dalam sidang media sewaktu membuat lawatan di kawasa itu hari ini.

Pembangunan pesat di kawasan itu menyebabkan jumlah penduduk mencecah 2,000 orang dan pertambahan kenderaan menyebabkan kesesakan lalulintas berlaku.

Pei Nei berkata pejabatnya akan memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk membina sebuah jejantas.

Mungkin keadaan jalan raya sedia ada tiada kelengkapan mencukupi untuk membantu satu situasi selamat bagi pengguna di sini. Kita juga terima aduan supaya lampu di jalan raya dipasang dengan lebih banyak demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

“Kita minta kementerian membuat kajian mengenai perkara ini,” katanya dengan harapan tindakan segera diambil bagi mengatasinya.

Seorang peniaga, Maznah Mat Desa, 53, dari Taman Tun Teja berkata, apabila waktu kemuncak memang sukar untuk melintas di situ kerana ia merupakan laluan utama melibatkan kenderaan yang banyak dan besar seperti bas dan lori.

Minggu lepas seorang pelajar bermotosikal berlanggar dengan seorang penunggang lain untuk keluar dari simpang ini. Sekarang dikatakan kedua-dua mangsa ditempatkan di hospital kerana cedera.

“Minggu sebelumnya  seorang lelaki melintas jalan terlibat kemalangan dengan satu kenderaan dan meninggal dunia di situ,” katanya yang mendakwa berlaku tiga kemalangan di sepanjang Oktober ini.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Api.. Api.. Kl sentral terbakar!!! (ada Video)

| comments


Sebuah bangunan pejabat setinggi 31  tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi. apa lagi keadaan sekitar sesak la , sebab semua berkumpul nak tengok api.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 pagi  semalam melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunanyang dalam pembinaan  itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan. sebab macam biasalah, orang malaysia suka benda-benda yang pelik, nasib baiklah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



NONEKetua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.
Sebab itulah orang ramai diingatkan, jika berlaku kebakaran, jangan la hampir sangat dengan kawasan tersebut, kerana ini bukan pertunjukan bunga api, lagipun menyusahkan pihak bomba nanti.

Seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran,dan bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas bangunan itu. Api dapat dikawal kira-kira 8.30 pagi tadi.

Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di laluan sekitar KL Sentral ketika warga kota sibuk menuju ke tempat kerja kerana laluan masuk ke Brickfields iaitu melalui Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambanthan terpaksa ditutup sehingga 12 tengah hari untuk kerja-kerja pemadaman dan siasatan lanjut.

Kesian anggota bomba, mereka merisikokannya mereka demi rakyat, tetapi apakah mereka dapat keistimewaan seperti yang didapati oleh pihak polis, kalau tengok balai bomba dan balai polis, kadang-kadang terlalu jauh bezanya.

Naikkan lah taraf mereka, jadikan mereka antara perkhidmatan terbaik di dunia.


Dulu C4 terlepas, sekarang senjata api pulak

| comments


Senjata jenis “Steyr” yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.

Malaysia nei apa nak jadi pulak nei, mula-mula C4 boleh diseludup keluar untuk bom Altantuya, tak lama selepas tu Enjin kapal terbang yang bukan kecik tu pulak boleh suka-suka ati je lesap, sekarang senjata api pulak..

Tapi takpe, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kata dia dah maklumkan kepada pihak berkuasa tentera.

“Kami telah memberitahu kepada Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) mengenai perkara itu untuk siasatan lanjut,” kata ketua polis itu.

Mengapa terlalu longgar sekali kawalan berkenaan perkara demikian, kalau setakat boot askar ke hilang, ponco ( baju hujan) atau lilin memasak tu takpe la lagi, tak merbahaya sangat pun, tapi kalau senjata api, ini sudah macam-macam nei.

Polis menemui senjata tersebut pada suspek yang ditembak mati seorang pengawal keselamatan dengan “pump gun” ketika hendak melarikan diri.


Bagus jugak lah siasatan dilakukan, kita tak mahu lagi ada kejadian serupa jadi.

Malaysia, Malaysia, makin pelik dan ajaib sekali.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit