Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja
keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin
terhadap hak penduduk kampung berkenaan.
“Kita bukannya
menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab.
Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini
juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
“Saya bersyukur
kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya
walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga
seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Pada 2009,
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini
adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka,
kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun
Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk
mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka
menerima cadangan Kerajaan Negeri.
“Setelah berunding, seramai
24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun
sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji
kosong dan menipu,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk,
Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun
akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang
selesa untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama ini saya hanya
menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya
dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.