Panas!! Protes Biker Motor Besar Pada TV3 Telah Bermula

| comments (6)


Baru-baru ni kecih pasal isu "pelesit jalanan" yang diada-adakan oleh TV3 dengan bantuan pengacara sensasi tak reti jaga mulut, nah sekarang jelas terbukti TV3 mengada-adakan isu untuk tujuan propaganda.

Kali ini penunggang motosikal berkuasa tinggi jadi mangsa, mereka merasa terhina kerana digambarkan sebagai "pelesit jalanan", sedangkan aksi yang dipaparkan itu cuma satu lakonan yang cuba digambarkan sebagai rakaman spontan.

kalau isu seperti ini pun TV3 sudah berani berbohong, apa lagi isu-isu lain, terutama isu menjatuhkan dan memecah belahkan  pakatan rakyat, sudah pasti stesen tv milik kroni umno itu sentiasa mahu memenangkan umno.

Cumanya malang sekali bila ada ramai lagi yang tertipu dakyah stesen tv3 yang sangat jelas terbukti berat sebelah dalam menyiarkan berita propaganda mereka. sebagai contoh, mereka menyerang kepimpinan pakatan rakyat tanpa henti, tapi pernahkah mereka beri ruang tohmahan itu dijawab sendiri oleh pemimpin pakatan rakyat.Berbeza dengan golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi, kita masih duduk diam tidak mahu bantah propaganda keterlaluan stesen tv ini, sedangkan penunggang motosikal berkuasa tinggi kini mula menyerang stesen tv berkenaan yang sengaja memperguna dan menjatuhkan imej mereka demi menghalalkan AES.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi mula menggunakan baju T-Shirt membantah penipuan Tv3 melalui apa yang dipaparkan Majalah 3.








Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 6 comments

21 Disember 2012 pada 10:49 PTG

Salam, saya pernah "diarah" ketika memandu dgn kelajuan 110km/j dilorong tengah oleh dua orang penunggang motosikal berbesar tertera perkataan "marshall" di belakang jaket mereka, sebelum segerombolan penunggang besar memotong di lorong kanan dengan laju sekali soalan saya 1) apa bidang kuasa 'marshall' itu yang boleh mengarah saya ke tepi? 2) Adakah tidak menjadi kesalahan menunggang dgn kelajuan melebihi had undang-undang? 3) kenapa penunggang motosiakl besar dibenar menunggang di lebuhraya tanpa bayaran tol? sekian terima kasih

Tanpa Nama
23 Disember 2012 pada 6:09 PTG

tanya soalan bodoh apa kakak kat atas nih? malas aku nak xplain.

Tanpa Nama
23 Disember 2012 pada 6:52 PTG

Normala Hashim :
1) Pihak "Marshall" bertanggungjawab atas nyawa Motor Berkuasa Tinggi dan pengguna jalan raya yg lain.. Ini kerana, Pihak "Marshall" sendiri perlu menjalani ujian Utk layak seseorg itu menjadi "Marshall".. Oleh itu,tidak salah bg kami Pihak "Marshall" utk mengarah anda bertukar laluan.. Lebih elok,dan teratur jika konvoi Motor Berkuasa Tinggi ini tersusun sewaktu di jalan raya.. Jika tiada Pihak "Marshall" utk mengawal lulu lintas sewaktu Motor Berkuasa Tinggi ini berkonvoi,kami tidak mahu kejadian kemalangan ngeri antara motor Berkuasa tinggi dan kereta berlaku.. Kami tidak mahu mengimbas kembali kemalangan Motor Berkuasa Tinggi dan kereta pada 22 November 2012 yg lalu.. Jika tiada pemantauan dan lalu lintas dr kami,Sudah tent perkara itu tidak Akan berlaku lg.. Bukan makan waktu yg lama untuk kami berada di lorong kanan sekali.. Jika kami telah beredar 10KM di hadapan , anda boleh la guna lorong kanan sekali ikut suka anda nak bawa laju seberapa yg boleh..
2) Dah namanya Motor Berkuasa Tinggi yg boleh di bawa laju dan harganya mampu membeli kereta Honda City Dan sebagainya,apa salahnya.. Klu mcm tu lebih baik kami beli Dan simpan saja motor tersebut.. Mcm kereta anda juga yg mampu mencecah 110km/j dan ke atas jika tidak boleh bawa laju baik simpan saja di rumah, tak payah bawa di atas jalan raya.. Kami bawa laju tidak kacau atau baling batu pon pd cermin kereta anda.. Kami juga Ada Hak di atas jalan..
3) Motor Berkuasa Tinggi mempunyai 2 roda sahaja, Dan kereta mempunyai 4 roda, tak kn la 2 roda pon nak bayar tol.. Jika anda tidak mahu guna tol,bawa lah motor pula..

Tanpa Nama
23 Disember 2012 pada 7:21 PTG

Normala...
Kalau yg kat blakang tu kereta bagi high beam, pastu kete mewah..mesti cepat je hang ke tepi kan? Takde plak nak komplen?

Tanpa Nama
24 Disember 2012 pada 10:49 PTG

Like like like like like.. Betol tu..

Tanpa Nama
10 Januari 2013 pada 10:02 PTG

betol...betol...

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit