Umno Bela Islam?, 1 Lagi Masjid Diarah Tutup.

| comments

Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.

Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.

“Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi,” jelas Fahmi.

Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit