Ugutan Rakyat Permainan Umno, Apakah itu tidak Kejam?

| comments

 Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pemecatan guru sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merupakan taktik kotor Umno untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.

Memberi ceramah dan mendengar ceramah adalah amalan biasa dalam negara yang mengamalkan konsep demokrasi.

“Apakah Umno BN tidak faham apa itu demokrasi yang mereka sendiri sering sebutkan? Sedangkan hadir ke program ceramah merupakan hak rakyat dan ia tidak sepatutnya dinafikan.

“Inilah Umno BN, cakap tak serupa bikin. Tak cukup di Semenanjung, di Borneo dan Labuan pun mereka nak buat kacau,” katanya ketika dihubungi.

Abas berkata, selain dipecat, ada kemungkinan sebilangan kakitangan kerajaan dinafikan kenaikan pangkat kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Ugutan dan pemecatan adalah usaha kerajaan untuk mengawal dan memastikan kakitangan tidak beralih sokongan, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya menyokong kita.

“Taktik ini akan berterusan digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat,” tegasnya.
Guru berkenaan, Qatrun Nada Laftfi merupakan kakitangan sementara Jawi, dan bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Labuan.

Beliau menerima notis pemecatan sebulan berkuatkuasa 1 Disember ini, kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. ( baca Berita tersebut disini )


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit