Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Israel
menghentikan serangan ke atas Gaza, yang sehingga kini mengorbankan
lebih 50 nyawa rakyat Palestin.
Katanya, tindakan rejim Israel memusnahkan kawasan penempatan
Palestin merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.
“Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja demi menghentikan keganasan.
“Pengeboman
yang berterusan dan memanggil 75,000 tentera simpanan adalah ancaman
terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata Anwar dalam satu
kenyataan dikeluarkan hari ini.
Anwar juga mengulangi amaran Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip
Erdogan dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi bahawa kesan serius akan
tercetus jika Israel meneruskan serangan darat mereka.
Beliau turut menggesa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak tegas bagi mengakhiri ketegangan yang semakin meningkat.
“Semua negara yang cintakan keamanan mesti mengambil pendirian moral
yang jelas berhubung hal ini dan menekan Israel untuk hentikan serangan
kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas.
“Rakyat Palestin dipinggirkan bertahun-tahun dan sejak 2006 dihukum
dengan tidak adil oleh kuasa Barat kerana memilih Hamas untuk memimpin
mereka,” katanya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.