Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Umno BN dalam Bajet
2013 gagal mengemukakan penyelesaian konklusif berhubung hutang negara
sebanyak RM600 bilion disebabkan perbelanjaan besar kerajaan setiap
tahun.
“Dalam Bajet 2013, tiada satu pun pengumuman Umno BN untuk
menyelesaikan masalah pokok ekonomi. Apa yang dilakukan hanya
melaksanakan program untuk penyelesaian jangka pendek.
"Apa masalah pokok? Masalah utama ialah hutang negara yang semakin tinggi dan berlaku defisit selama 15 tahun berturut-turut.
“Hutang negara dianggarkan RM600 bilion manakala defisit mencecah 7.4
peratus. Ia berlaku disebabkan perbelanjaan besar (boros) kerajaan
setiap tahun,” katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat
akan membelanjakan wang rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur-Selangor (KLSCH).
Rafizi
berkata, Umno BN kini makin ketandusan idea untuk menjana ekonomi
negara sebaliknya menindas rakyat untuk meraih keuntungan kepada kroni.
Menurut beliau, perkara itu bukan sahaja menyebabkan defisit dalam
belanjawan tahunan semakin membengkak, malah ekonomi negara juga di
ambang keruntuhan.
“Sampai ke tahap ini, apabila kerajaan kekeringan wang, mereka
melepaskan beban kepada rakyat dengan menarik subsidi, menaikkan cukai
dan saman trafik,” katanya.
Sedarlah cikit, umno sekarang ni dah tak macam dulu dah, dah teruk sebab mabuk kuasa, harga barang makin tinggi, itu pun masih ramai yang bodoh dan tak kisah, nilai duit sekarangd ah terlalu kecik, semua orang tahu, orang umno pun tahu, tapi masih nak pilih kerajaan yang tak mampu nak pulihkan ekonomi,
Jangan fikir hari ini je, fikir masa depan jugak, kalau satu hari nanti nilai RM1000 dan sama macam RM100 masa tu baru nak tukar kerajaan ke?.
Jangan fikir hari ini je, fikir masa depan jugak, kalau satu hari nanti nilai RM1000 dan sama macam RM100 masa tu baru nak tukar kerajaan ke?.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.