Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok
kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu
mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Ia
ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26
Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek
pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun
dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya
beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita
siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang
bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000
penduduk Kuala Langat.
Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan,
kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada
31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah
pada 5 Julai 2008.
“MIC
dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang
menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang
nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat
India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas
bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
“Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat
keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang
akan diketuai seorang bekas hakim,” katanya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.