Menjawab Fitnah Umno, Selangor Telah Bina 6000 Buah Rumah Kos Murah

| comments (1)

Umno main politik murahan bila mendakwaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

Namun kebanyakkan tuduhan dan tohmahan umno itu sangat mudah dipatahkan dengan memberi  untuk menjawab tohmahan-tohmahan itu fakta-fakta.

Untuk menjawab tohmahan bahawa kerajaan Selangor mengabaikan golongan berpendapatan rendah, sila baca fakta dibawah.

Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Manakal
sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan di daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Nah, sekarang jelas tohmahan umno itu sengaja mahu mengelirukan rakyat, mereka hanya berharap akan dapat menawan kembali Selangor, mereka sebenarnya tidak langsung memperdulikan rakyat bila beri tohmahan murahan seperti itu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

Rohana Binti Hj Bahari
5 Mac 2013 pada 5:02 PTG

saya Rohana Binti Hj Bahari meharap sesangat2 agar dapat menerima Rumah Kos rendah

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit