Kerajaan Umno BN diingatkan supaya tidak menyekat kemasukan dua
peguam Perancis – William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes rasuah pembelian kapal selam
Scorpene.
Pegawai
Eksekutif NGO hak asasi itu, Cynthia Gabriel berkata, kerajaan tiada
sebab berbuat demikian kerana mereka berhak berjumpa anak guamnya di
mana-mana negara termasuk Malaysia.
“Suaram adalah anak guam kepada Bourdon dan Breham. Mereka seharusnya
bebas untuk bertemu dengan kami di sini,” katanya pada sidang media di
Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), semalam.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, kedua-dua peguam itu
akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen
berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.
Mereka telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang Parlimen berakhir, November ini.
Awal Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka
hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia.
Cynthia berkata, kehadiran Bourdon dan Breham penting bagi
menjelaskan perkara sebenar berikutan timbulnya pelbagai laporan oleh
media kawalan Umno BN berhubung perbicaraan tersebut.
“Ekoran pelbagai laporan yang timbul mengenai isu Scorpene di
Perancis, orang yang paling layak untuk bercakap mengenainya adalah
peguam kami,” tegas Cynthia.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.