Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur berkata keberkesanan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan baru baru ini oleh kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sangat meragukan.
Katanya, RCI itu
tidak akan memberi sebarang kesan kerana penubuhannya dilakukan
bermotifkan politik sekadar menyenangkan hati rakyat Sabah.
“RCI
ini jika diamati dengan teliti tidak ubah seperti satu tipu helah
Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka sangka rakyat Sabah pasti gembira
apabila penubuhan suruhanjaya itu diumumkan."
Mohd
Noor berkata, pembentukan RCI itu hanya umumkan Perdana Menteri Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak setelah beberapa bulan dihebohkan di media
massa.
RCI akan hanya menjadi perbualan sahaja dan hasil
siasatan tidak akan diumumkan kepada awam kerana tidak sempat disiapkan
sebelum pilihanraya umum. katanya lagi
Katanya,
terma rujukan RCI itu juga tidak lengkap kerana tidak memberitahu
samada pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum jika
didapati bersalah atau sebaliknya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.