"tukanglawan" merayu sumbangan dari rakan-rakan untuk sama-sama membantu sahabat kita yang memerlukan sedikit bantuan dari kita semua, isteri beliau telah disahkan menghidap barah kelenjar limforma (Hodgkin Lymphoma) dan berada di tahap empat.
Sedang menjalani rawatan kimoterapi untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan akan datang bukan ssesuatu yang mudah untuk ditempuhi, sudah pasti bukan sedikit belanja diperlukan untuk menjalani rawatan ini.
Berikan lah sedikit sumbangan yang termampu, semoga sedikit sumbangan dari kita dapat meringankan beban mereka yang ketika ini sangat-sangat memerlukannya.
Sedang menjalani rawatan kimoterapi untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan akan datang bukan ssesuatu yang mudah untuk ditempuhi, sudah pasti bukan sedikit belanja diperlukan untuk menjalani rawatan ini.
Berikan lah sedikit sumbangan yang termampu, semoga sedikit sumbangan dari kita dapat meringankan beban mereka yang ketika ini sangat-sangat memerlukannya.
Sebuah Hadis berbunyi,
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]
Dibawah luahan Hati Suami Siti Hajjar
HAJJAR sah menghidapi barah kelenjar limforma (cancer Hodgkin Lymphoma).
Pakar Himatologi, Dr Lim Soon Kim pada Rabu lepas mengesahkan Hajjar menghidapi barah pada tahap empat.
Pakar darah dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru itu berkata, sakit Hajjar dikesan berdasarkan pada siasatan perubatan pada tisu tulang sum-sum yang diambil (trephine bone marrow biopsy) pada 6 O.gos lepas.
Selepas "sihir tuju" yang bersarang dalam tubuh Hajjar berjaya ditawarkan di Pusat Perubatan Nur Wardah, Tangkak menjelang hari lebaran baru-baru ini, saya ingat, 'anugerah' Allah kepada Hajjar kian beransur pulih.
Rupa-rupanya tidak. Jika 'anugerah' ini untuk memuliakan hamba-Nya, saya pasrah dan redha.
Frman Allah yang bermaksud:
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?
"Dan demi sesungguhnya, Kami (yang Maha Mengetahui) telah pun menguji umat-umat sebelum mereka, nyata diketahui Mereka yang benar-benar beriman dan mereka yang berdusta." [Surah Al-Ankabuut: 2-3]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (hadis riwayat Muslim)
Dari Wad Kardiotorasik, Hajjar dipindah ke Wad Himatologi.
Di sini, saya tak terhitung berapa beg air, darah dan platlet yang disalur masuk melalui pembuluh darah Hajjar.
Rabu lepas Hajjar menempuhi kimoterapi sulung. Masuk beg keempat, Hajjar mengadu sakit yang amat.
Kimoterapi berikutnya dijadualkan Pada 7 September depan. "Inna lillah..."
Dr Lim kata, "(kimoterapi sulung) itu dos kimoterapi paling rendah untuk menguji reaksi imuniti badan Hajjar."
Kata Dr Lim lagi, Hajjar akan menempuhi terapi sebegini minimum selama enam bulan dari sekarang.
Mendengar konsultansi Dr Lim itu, saya mula berbincang dengan keluarga untuk mencari rumah tumpangan yang murah-murah di sekitar hospital demi memenuhi keperluan asasi Hajjar sungguhpun mengetahui bilik-bilik kecil di sini pun bukanlah murah.
Buat masa ini, Insyirah yang comel setinggan di rumah ibu saudaranya yang baik hati. Emak Hajjar pun tinggal di situ.
"Ya Allah, aku bodoh. Aku hina. Aku jahil. Aku daif. Suburkanlah perasaan syukur dan redha dengan segala ujian ini. Permudahkan lah urusan aku sekeluarga. Amin. Ya Rabbal 'Alamin..."
Saya yang sombong ini dah tak tahu nak buat apa. Jadi, saya doa.
Awal pagi tadi, saya bergegas bawa Hajjar ke Hospital. Paha Hajjar membengkak. Kaki Hajjar pun membengkak.
Kedua-dua mata Hajjar membengkak dan mukanya nampak sembab.
"Takkan baru sehari dibenarkan keluar wad, sudah jadi begini," saya bisik kepada emak.
Emak kata, itu mungkin bengkak air.
Tanpa berfikir panjang, Hajjar dikejar ke Bahagian Kecemasan.
"Sudahlah Dr kata barah Hajjar merebak dari paru-paru ke hati dan limpa sehingga menyebabkan ketiga-tiga organ Hajjar membengkak, takkan buah pinggang pun 'ada masalah'? Ya Allah...sembuhkan dia (Hajjar)!"
Mendengar kata-kata saya itu, Hajjar kata, "Hajjar barah. Dr pun dah kata, sakit Hajjar ini dah sampai tahap empat..."
Air mata Hajjar berlinangan.
Saya tak boleh menangis depan Hajjar sebab Dr kata penawar sakit barah adalah "sokongan moral".
Kawan-kawan Hajjar yang datang ke Hospital sebelum ini pun damai, tak menangis sebab mereka tabah dalam memberi semangat, harapan dan doa kepada Hajjar.
Selama ini, saya diceritakan mengenai kawan-kawan Hajjar dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), dari PMIUSM, dari pejabat Tropicana; baru sekarang saya mencuri-curi melihat kebaikan kawan-kawan Hajjar semasa menemani Hajjar di wad.
Hajjar bertuah. Dalam ujian genting sebegini, Allah menghiburkan Hajjar dengan kawan-kawan yang saling mengasihinya.
Semoga Allah memberi kebahagiaan berpanjangan kepada semua mereka atas kebaikan mereka ke atas Hajjar.
Selepas berjumpa Dr. pagi tadi, Dr memberi ubat 'galak kencing' supaya boleh nyah air berlebihan dari dalam badan Hajjar.
Setakat ini dulu. Saya minta maaf kerana "tak memang tangan" nak menjawab panggilan atas balas SMS sebelum ini.
Terima kasih kepada yang menjenguk dan terus menerus mengutus doa buat Hajjar sekeluarga.
Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu,
Zainulfaqar Yaacob,Maybank 164258481533.
Tolong SMS saya, jumlah sumbangan.
Sama-sama kita doa untuk kesihatan Hajjar sebab Rasulullah beranda yang bermaksud, "doa senjata mukmin..."
Salam ukhwah. Wasalam.Zainulfaqar Yaacob
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.