Pilihanraya Kampus Dicemari Ugutan Culik Dan Bunuh.

| comments

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMuKM) mendedahkan, enam calon mereka menerima ugutan bunuh dan culik jika tidak menarik diri dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) esok. 

Jurucakap GMuKM, Ahmad Afef Zulkepli berkata, ugutan itu disampaikan melalui panggilan telefon kepada keluarga mangsa. Beliau percaya, ugutan tersebut kerana ada pihak yang takut melihat kebangkitan pro-Mahasiswa dalam PRK kali ini. 

 Lebih-lebih lagi apabila PRK seringkali dilihat sebagai petunjuk kepada pilihan raya umum. “Malah, sudah tujuh calon kita menang tanpa bertanding…(sedangkan) pro-Aspirasi tidak cukup calon sehingga ada yang dipaksa bertanding oleh pihak pentadbiran universiti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. 

Menurut beliau, sabotaj turut berlaku apabila sepanduk calon disimbah cat, sama seperti program-program Pakatan Rakyat. “Kami yakin perkara ini (ugutan dan sabotaj) tidak akan berlaku kecuali ada campur tangan daripada pentadbiran universiti dan Umno BN. “Justeru, kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pelajar, Profesor Ir Dr Osman A Karim menafikan kewujudan campur tangan universiti dalam PRK,” kata Ahmad Afef. 

8 Mei lalu, Gagasan Pro Mahasiswa Nasional mendedahkan operasi ‘Ops 2020′ yang menunjukkan campur tangan Pejabat Perdana Menteri dalam penangguhan PRK yang sepatutnya dibuat Mac lalu. 

Berhubung perkara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 29 Ogos lalu meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menilai tahap PRK yang tidak adil. 

Sementara itu, Presiden Ikatan Studi Islam uKM (ISIuKM), Muhamad Azan Safar memaklumkan kemenangan tujuh kerusi tersebut masih belum terjamin. 

Katanya, ini kerana ada maklumat jelas menunjukkan pihak pentadbiran universiti akan campur tangan untuk menafikan kemenangan calon pro-Mahasiswa. 

Tambah beliau, mungkin ada calon yang akan dibatalkan kemenangan mereka melalui kesalahan teknikal sesama pencalonan yang dipandang serius universiti. 

Mengiringi mereka dalam sidang media itu adalah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Dua laporan polis dibuat keluarga mangsa yang menerima ancaman bunuh itu. Pagi tadi, 

Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto turut lapor polis berhubung ugutan tiga samseng upahan di kediaman beliau di Seksyen 17, Petaling Jaya

. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit