Pelajar Terbaik STPM Maut Kemalangan.

| comments

Bekas pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009 negeri Pahang maut dalam kemalangan selepas motosikal jenis Honda yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 156.5 Jalan Kuantan-Johor Bharu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nur Rusydiah Mohd Zahar, 22, meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan dari Rompin menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Mangsa yang bertugas sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke sekolah daripada rumahnya di Jalan Mempisang, Tanjung Gemok menuju ke sekolah, bagaimanapun mangsa secara tiba-tiba membuat pusingan U sebelum sebuah kereta Toyota Corolla dari arah belakang merempuhnya ". kata Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin
 
Mangsa yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak itu menjadi guru ganti di SMK Tanjung Gemok sejak dua bulan lalu kerana menggantikan seorang guru di sekolah itu yang cuti bersalin, 

Nur Rusydiah yang dikejarkan ke HTAA meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, patah kaki kanan dan kedua-dua bahu serta tangan.

Al-Fatihah....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit