Pelajar Dibuang Kolej Walaupun Mahkamah Belum Dapati Bersalah.

| comments

Tindakan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (Cybernetics) membuang pelajarnya yang terlibat dengan perbuatan menghina pemimpin dilihat seolah-olah mendahului mahkamah.

Ia berikutan pelajar terbabit masih tidak didakwa atau dibicarakan di mahkamah bagi mensabitkan hukuman terhadapnya.

"Tindakan membuang pelajar terbabit adalah satu perbuatan yang mendahului mahkamah.

"Begitu juga dengan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik balik pinjaman pelajar terbabit," tegas Koordinator Aksi Mahasiswa Peduli, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham kepada Harakahdaily, semalam.

Biarpun tidak bersetuju dengan perbuatan pelajar terbabit yang disifatkan sebagai 'budak nakal', tegas Ekhsan, perbuatan itu bermula dengan tauladan yang ditunjukkan sekumpulan veteran di hadapan kediaman seorang peguam, beberapa bulan lalu.


Dalam pada itu, Ekhsan berkata perbuatan pelajar itu juga boleh ditafsirkan sebagai tanda tidak puas hati, muak dan jelak anak muda terhadap pemimpin negara.

Semalam, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej itu memutuskan untuk membuang pelajar terbabit yang dikatakan menunjuk punggung pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, pada malam ambang merdeka lalu.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit