Gantung Banner Halang BN Rampas Hak Penduduk

| comments (1)

Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.

Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.

Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.


Mereka terus berbuat demikian meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan   pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.

Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut.

Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka.

Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka.

Malah, kain rentang yang sudah koyak dan luntur warna tulisannya ditukar dengan kain rentang yang baru. Untuk menurunkannya, tidak sama sekali.

Seorang pewaris tanah Kampung Baru, Yusuf Sukarman, 48, berkata, kain rentang di kediamannya tidak akan sesekali diturunkan selagi akta tersebut tidak ditarik balik.

Beliau yang merupakan antara orang paling awal menggantung kain rentang di hadapan rumah nekad meneruskan tindakan tersebut sehingga kerajaan melupakan hasrat untuk merampas tanah mereka untuk pembangunan.

Katanya, dengan berbuat demikian, orang yang lalu lalang dapat membaca apa yang dibantah mereka.

Sampai bila-bila kain rentang itu akan kekal di rumah kami. Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang dan hapuskan akta yang ada sekarang, semua dah selesai, barulah kita turunkan kain rentang itu. Selagi tak selesai, selagi itulah kami tak akan turunkan,” kata beliau ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Ditanya sama ada tindakan tersebut ditegur pihak yang pro akta Kampung Baru atau tidak, Yusuf berkata, memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kain rentang yang mengutuk akta tersebut.
Memang ada penduduk yang pro kerajaan tegur saya dan kata, ‘cantik kain rentang’ tapi saya balas balik, ‘memanglah cantik dan saya boleh buat lagi cantik dan besar daripada ini’.

Bila saya cakap macam itu, mereka diamlah dan tak berani tegur lagi sebab mereka tahu saya memang penduduk jati Kampung Baru.

“Tapi kalau mereka tengok orang yang naikkan kain rentang itu jenis yang tak bercampur dengan masyarakat tapi tiba-tiba bantah akta Kampung Baru, mereka lagi beranilah suruh turunkan,” katanya yang merupakan ahli jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), badan yang giat menghalang usaha kerajaan mengambil tanah penduduk.

Yusuf juga berkata, rata-rata penduduk kampung Baru tidak bersetuju dengan akta tersebut termasuk orang Umno sendiri.

Saya banyak juga berjumpa dengan penyokong Umno dan mereka pun tak setuju cara kerajaan nak ambil tanah Kampung baru cuma mereka tak berani nak tunjuk bantahan, masih takut-takut,” katanya.

Sambil menafikan beliau menolak pembangunan, Yusuf berkata, tidak ada orang yang tidak mahukan pembangunan namun pembangunan yang akan dilakukan tidak harus mengenepikan nasib kaum Melayu.

Kami bukan tak mahukan pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mengekalkan ciri asal Kampung Melayu, tidak menyusahkan penduduk dan dilakukan secara telus,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

7 September 2012 pada 7:00 PG

gerombolan sang buaya sekutu apco kaki rembat tidak akan berdiam selagi nafsu tidak tercapai,syabas penduduk kg baru ,lawan tetap lawan sampai habis ! ABU jangan lupa !

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit