Jepun Dilanda Taufan Kuat.

| comments (2)

Taufan Bolaven, yang paling kuat dalam tempoh beberapa tahun melanda Okinawadi selatan Jepun semalam ketika penduduk diminta terus berada di dalam rumah dan diberi amaran mengenai angin kuat yang boleh menterbalikkan kereta serta menyebabkan ombak setinggi lebih 12 meter.

Bolaven yang berpusat kira-kira 150 kilometer ke tenggara Okinawa dijangka melepasi pulau itu pada petang Ahad, membawa hujan sehingga 500 milimeter dalam tempoh lebih 24 jam, kata pegawai kaji cuaca.

Agensi Meteorologikal Jepun berkata, kelajuan angin hampir kepada taufan iaitu 180 kilometer sejam dengan angin kencang mencecah sehingga 252 kilometer sejam.

Angin kencang turut menumbangkan talian telefon dan menterbalikkan kereta manakala ombak di sekitar pulau itu mencecah hampir 12 meter, kata penyiar NHK memberi amaran.

NKH melaporkan dua cedera termasuk seorang lelaki berusia 78 tahun yang cedera di bahagian dahi. Tiada laporan mengenai kerosakan besar tetapi kira-kira 200 isi rumah terputus bekalan elektrik dan kira-kira 300 orang mendapat perlindungan di bangunan awam, kata pegawai bencana di Okinawa yang mempunyai sejumlah 1.4 juta penduduk.

Semua penerbangan tempatan dan antarabangsa masuk dan keluar Lapangan Terbang Naha dibatalkan. - AP

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 2 comments

28 Ogos 2012 pada 7:44 PTG

bila ribut ni aar ? tarak haribulan ka?

29 Ogos 2012 pada 3:31 PG

26 hari tu bro. hari ahad.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit