Surat Dari Warga Felda Kepada Rakyat Malaysia

| comments (3)

Daripada: Seorang Warga Felda yang Prihatin
Kepada: Seluruh Rakyat Malaysia

surat ini ku persembahkan untuk seluruh rakyat malaysia yang prihatin..

Saudaraku, ku mohon terimalah surat ini, dengarkanlah suara hatiku terdalam yang ku tuliskan lewat surat ini

Tarikh 28 jun 2012 telah mencatat satu sejarah hitam kepada kami, warga felda. Pada tarikh ini, tanah kami dalam proses untuk digadaikan oleh puak2 yang tidak bertanggungjawab.. ini kerana pada tarikh itu, felda telah menyenaraikan saham2 yang tak berguna ke bursa saham yang belum tentu ada hasilnya.. tetapi tanah kami menjadi mangsa...

Kemudian, sebelum ini Najib Razak pernah berjanji kepada kami, bahawa pihak FGV akan memberi saham sebanyak 15 ribu unit kepada kami... tetapi itu hanya satu pembohongan kepada kami..Kami hanya dapat 800 unit sahaja... sedangan tanah yang dipajak ialah tanah kami, iaitu tanah plantation, tanah tapak kedai kami, tanah jalan kami... orang tak berkenaan iaitu Isa Samad mendapat 180 ribu unit saudara... ini telah membuat kami lebih tidak berpuas hati....

Saudara ku sekalian, jika saham itu jatuh saudara, felda pula yang menanggung hutang itu... bagaimana felda hendak membayarnya... sedangkan felda kini menghadapi masalah kewangan... kami pula juga terpaksa menanggung untuk menyelamatkan tanah2 10 ekar kami dari diambil oleh bank... kasihani lah kami warga felda...kami teraniaya...

mengapa perlunya penyenaraian ini saudara.. sedangkan dahulunya felda sudah cukup kaya....jika ini terus berlaku... saya yakin felda akan terus tergadai... kami tidak mahu ini berlaku....kami sayang felda...sebabkan felda..hidup kami berubah...kami banyak terhutang budi dengan felda.....

saudara yang saya kasihi, saya memohon kepada semua... ayuh kita turun ke jalanraya demi menyelamatkan syarikat kelapa sawit terbesar di dunia ini sebelum tergadai...kami warga felda adalah suara kecil yang langsung tidak didengari oleh mereka.... Saya merayu seluruh rakyat malaysia dapat turun bersama kami....

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

+ comments + 3 comments

12 Julai 2012 pada 12:32 PG

Aku memang bersimpati dengan warga felda.. Berdoalah kepada tuhan, insyaAllah kita dijauhi mala petaka disebabkan ketamakan dan kezaliman orang2 yang tak berhati perut itu.

Tanpa Nama
12 Julai 2012 pada 11:06 PG

Haritu tengok dalam tv warga Felda Makcik dan Pakcik Gembira sakan sekarang apa dah jadi?

Tanpa Nama
24 Julai 2012 pada 7:31 PG

Nasib si luncai dgn labu-labunya!!!

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit