GEMPAR, Pemimpin Pakatan Mahu Disimbah Asid

| comments (1)

Tiga pemimpin PKR, Naib Presiden Keadilan, N Surendran, Ketua Cabang PKR Puchong, S Murali dan Setiausaha PKR Cabang Puchong, S Gobi Krishnan menerima ugutan simbah asid menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Surendran mendakwa beliau percaya SMS diterima ketiga mereka daripada nombor sama itu adalah daripada pesaing politik berikutan kritikannya terhadap sebuah parti yang dipaparkan muka hadapan beberapa akhbar Tamil, semalam.

Mesej tersebut mengugut saya supaya jangan cabar parti itu dan jika saya kutuk parti terbabit, mereka akan simbah asid ke muka saya. Mesej tersebut juga berunsur lucah dan kesat,” dakwanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Traves, Bangsar, di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Latifah Koya. Surendran berharap polis menjalankan siasatan secara bebas dan adil berhubung kes berkenaan.

Dakwanya, ia berikutan insiden pada Mei lalu di mana pihaknya diserang kumpulan yang tidak senang tindakannya membawa isu kerakyatan masyarakat India di Putrajaya namun masih belum ada sebarang tindakan diambil.

Sebelum ini pemimpin dan ahli PR diugut, diserang ahli parti politik berkenaan namun masih belum sebarang tindakan diambil.

Saya bimbang mengenai peningkatan keganasan politik terhadap PR oleh pihak berkenaan dan saya percaya kesalahan serius dilakukan di bawah Seksyen 506 & 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan ugutan jenayah (anonumous),” katanya memetik daripada laporan polis dibuat.

Sementara itu, Murali menyifatkan mereka bertiga kini menjadi sasaran pihak berkenaan seperti yang berlaku di Putrajaya pada Mei lalu.

Saya percaya ini didalangi pihak sama,” katanya.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

+ comments + 1 comments

11 Julai 2012 pada 9:26 PTG

Sudah linkan blog saudara, sama-sama tukar informasi...

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit