Rafizi Ramli, Anak muda yang menggemparkan negara dengan mendedahkan salahlaku dana ternakan lembu dalam syarikat NFC milik Suami kepada ketua wanita umno,shahrizat jalil, hari ini diganggu dan diugut oleh lelaki misteri.
Menulis dalam Tweeternya, Rafizi mendedahkan perkara tersebut.
Sejak akhir-akhir ini budaya mengugut pemimpin Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi, terdahulu 3 orang pemimpin PKR juga telah diugut akan disimbah asid, melalui SMS ( sila baca sini ) , apakah jenis budaya ugut mengugut ini akan kita biarkan sehingga menjadi budaya?.
Menggunakan nombor seperti diatas rafizi berkata dia dikacau dan diugut, dan meminta sesiapa yang kenal nombor tersebut memaklumkan kepadanya ianya milik siapa.
Seorang pengguna facebook telahpun memberi komen, menurutnya dia telah menghubungi nombor tersebut, ianya diangkat oleh seorang lelaki, naum bila ditanyakan namanya lelaki itu tidak menjawab.
Seorang lagi pengguna menyarakan supaya kita mendail dan sms no tersebut sehingga dia menamatkan talian tersebut.
Apakah rafizi akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis?, jika ianya dilaporkan, apakah polis masih gagal mencari individu berkenaan, kerana seperti yang kita tahu, sim card telah diwajibkan untuk didaftarkan atas nama individu, jika begitu, mustahil nombor tersebut tidak didaftarkan.
Ianya milik siapa?, kita nantikan, budaya politik ugut ini harus dihentikan segera.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.