Apa nak jadi dengan suku sakat umno ni, jelas la mereka ini hanya memijak-mijak rakyat jelata, apakah kita ni rakyat dianggap lekeh oleh sang pak menteri yang kaya raya dari hasil duit rakyat?
Sudahlah beberapa hari lalu Mashita menunjukkan kepada kita bahawa transformasi umno memang hebat, dari seorang ustazah biasa, mashitah kini sudah pandai melaram seperti artis hebat, ( baca artikel itu disini )
Kali ini seorang menteri yang dulu heboh bila dikaitkan dengan seorang artis lelaki ( cerita itu pertama kalinya keluar di blog umno), membuktikan betapa umno itu penuh retorik dan tidak mahu tunai apa yang dikatakan.
Seperti yang telah kita ketahui, najib sebelum ini berjanji mahu memansuhkan ISA, namun kita juga tahu sehingga hari ini seramai 45 orang tahanan masih belum dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, apa lagi dibebaskan, oleh itu bagi menuntut janji perdana menteri yang penakut itu, 45 orang tahanan ISA di kem Kemunting mengadakan mogok lapar.
Tindakan Hishammuddin ketika memberi reaksi terhadap seorang pengguna lain mengenai mogok lapar tahanan ISA, menteri dalam negeri itu memberi komen berikut
‘Pilihan mereka, lamb chops pilihan aku. "
Jelas membuktikan menteri ini tidak ada hati perut, sedikit tidak ada perasaan belas kasihan terhadap tahanan ISA dan menunjukkan pemimpin Umno itu tidak sentitif terhadap penderitaan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tahulah kita bahawa umno, perdana menteri yang penakut itu dan hishamuddin sendiri tidak bersungguh dalam menghapuskan akta ISA.
Mengecam perbuatan itu, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata Menteri Dalam Negeri itu sebenarnya mengejek tahanan berkenaan.
“Kenyataan itu langsung tidak berperikemanusian dan tidak sensitif terhadap situasi tahanan dan ahli keluarga mereka, Inikah sikap menteri hingga tergamak membuat kenyataan yang tidak menunjukkan sikap keprihatinan seorang pemimpin,” katanya pada satu kenyataan media.
“Jika kerajaan malaysia ada bukti kukuh mengenai kesalahan mereka, maka kerajaan seharusnya mendakwa mengikut undang-undang sedia ada.
Jadi, slogan "Rakyat didahulukan,pencapaiaan diutamakan" itu hanya retorik busuk umno, janji -janji tidak pernah ditepati berlawanan dengan slogan baru yang mereka sedang jaja menjelang PRU ini.
Umno dan sloganya "janji ditepati" nyata pembohongan bersiri.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.