MIC hilang relevannya dalam politik dan masyarakat India sejak tahun 1974 lagi, kata Pengerusi Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim.
"Ia mula menjadi tidak relevan lebih awal lagi, tetapi (Bekas Presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu mempunyai cara sendiri membuat parti itu nampak relevan," kata Thasleem dalam satu wawancara . dengan Malaysiakini .
Thasleem, yang sudah lama menjadi aktivis pendidikan Tamil, mendakwa MIC telah menyerah satu memorandum kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendidikan pada tahun 1974, tetapi cadangannya tidak sampa ke mana-mana.
Memorandum itu, katanya, menggesa supaya dinaik taraf sekolah dan sukatan pelajaran sekolah Tamil, latihan guru yang lebih baik dan menyediakan sekolah berasrama penuh bagi "membolehkan pelajar India mengatasi kesan melemahkan dalam persekitaran sosio-ekonomi mereka."
"Jika jawatankuasa kabinet tidak bersetuju dengan (cadangan) ini, mengapa (Presiden MIC ketika itu) Tun V Manickavasagam tidak meninggalkan Parti Perikatan?" soalnya, sambil menambah bahawa masa itu adalah yang paling sesuai (untuk berbuat demikian) kerana MIC ketika itu tidak mempunyai persaingan untuk mendapatkan sokongan kaum India.
Menjawab soalannya sendiri, Thasleem berkata, MIC berdiam diri dan terus bersama Perikatan - semua kerana untuk survival kepimpinannya.
"Mereka beranggapan bahawa yang lebih penting ialah mereka okay dan keluarga mereka okay," katanya.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.