Fan Page Kementerian bernilai 1.8 juta vs Fan Page Free (mesti baca)

| comments

Korang masih ingat lagi tak kegemparan tentang isu kerajaan membazirkan lagi wang rakyat dengan membelanjakan sebanyak RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA.

Kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada sebuah syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Wakil rakyat Parlimen Rasah Anthony Loke setahun lepas telah mengulas, katanya "sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma".

Semakan terakhir wakil rakyat dari DAP itu pada tahun lepas mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat setakat june tahun lepas. ( sila baca sini )

Setahun sudah berlalu, apa yang terjadi kini?.

Hasil semakan "tukanglawan" sebentar tadi mendapati, dari sejumlah 20,308 peminat laman facebook Kementerian Pelancongan Malaysia yang berharga RM1.8 juta itu ianya telah menurun kepada hanya seramai 17,050 sahaja.


Berbanding dengan laman facebook percuma milik kerajaan negeri pulau pinang, jumlah peminatnya naik dari 100, 000 orang kepada 145,658 orang.



Apakah ini nilai wang rakyat yang dibazirkan semata-mata mahu salurkan wang yang kita tidak tahu entah kemana, pemberian kontrak sebanyak itu tidak mampu menyaingi sebuah lagi facebook page yang matlamatnya sama iaitu mempromosikan pelancongan.

Apakah syarikat yang dilantik itu tidak serius menjalankan kerja yang diamanahkan. kenapa tukanglawan kata begitu, lihat gambar dibawah sebagai perbandingan.


Sebagai sebuah fan page untuk menarik minat ramai, sepatutnya gambar diletakkan diatas page tersebut seperti yang dilakukan di page facebook milik kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi syarikat yang dilantik mengabaikan ruangan tersebut dengan dibiarkan kosong.

Lagi perkara tidak kena dalam fan page Kementerian Pelancongan Malaysia.




Tiada tajuk diletakkan pada beberapa album gambar, sila perhatikan facebook page milik kerajaan negeri Pulau Pinang pula.



Beberapa perkara "tukanglawan" perhatikan antara kedua-dua page ini, kebanyakkan artikel didalam laman page facebook Kementerian kebanyakkannya disalin dari portal berita, sedangkan fan page milik kerajaan Pulau pinang kerap di kemaskini dari sumber yang dekat.

Dan lebih menarik bila kita buka album gambar milik kerajaan Pulau Pinang, kita nampak mereka serious mahu promosikan industri pelancongan, manakala milik kementerian lebih banyak mempromosikan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen iaitu menteri pelancongan.

Inilah nilai RM1.8 juta lebih yang dibazirkan, laman facebook yang sebenarnya boleh dibuat percuma itu dikontrakkan dengan jumlah tak masuk akal, ianya lebih memaparkan aktiviti menteri pelancongan dari menarik pelancong.

Apa sudah jadi, satu lagi projek pembaziran wang rakyat hasil transformasi najib.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit