Sempena dah nak dekat raya ni, mestilah pakcik dan makcik dekat felda dah berangan akan beli kereta Gen 2 warna biru baru. Isa samad sebagai pengerusi felda yang sibuk nak sahamkan tanah pakcik makcik felda dah kata untung.
Najib pulak meyakinkan lagi pakcik makcik felda bahawa mereka "telah mendapat" "durian runtuh" yang besar hasil kebijaksanaan umno anak kepada apco.
Bak kata perdana menteri maka "haramjadah" orang yang tak mahu terima saham ini, menolak kemajuan katanya ( video haram jadah disini ), felda bukan buat apa pun, laburkan tanah pakcik makcik felda di BSKL je, tak kan rugi, ISA samad jamin tak rugi.
Maka nak jadi satu cerita pakcik makcik tu pun bukak la katalog kereta baru, ye la, saham dah naikkkkkkkk tinggi kene la tukar kereta.
Makcik dan pakcik yang dijanjikan dan diyakinkan keuntungan tu pun tengok katalog yang ni, cuma mereka tak diceritakan apa jadi kalau rugi, jadi mereka sikit pun tak susah hati.
Maka tersenyum lebar pakcik sampai nampak gigi...
Setelah congak-congak kira hasil jual saham dan jual sawit, tambah-tambah pulak saham yang najib akan bagi sempena raya, maka bincang punya bincang pun pakcik felda fikir boleh la beli Gen 2 kale biru satu.
Tapi makcik kata jangan gelojoh, kene sabar dan cari mana tahu ada yang murah lagi, maka belek punya belek rupanya ada yang lagi murah. maka pakcik tu pun berangan nak jadi muda.
" Mah, nanti kita jual saham kita jadi kaya, kita beli kereta 2 ye mah, awak pakai la gen 2, abang nak pakai Sateria neo." kata si pakcik peneroka dengan wajah ceria.
Maka makcik felda isteri pakcik felda pun jawab " kale biru takde ke bang, kale merah ke semua putih aje ni, . "
Maka makcik felda isteri pakcik felda pun jawab " kale biru takde ke bang, kale merah ke semua putih aje ni, . "
"Takpe la mah, walaupun tak sama dengan warna parti besar umno tu ( BN) tengok KERAjaan dah bantu kita, kalau kat negara luar diorang kata tak dapat macam ni mah, betuah mah duduk malaysia, kalau bukan kerana kerajaan BN ni, bukan sebab Umno, tak makan kita mah, jadi somalia." jelas pakcik felda yang hanya tengok TV3 suku dan baca utusan tu tak sedar sudah terpesong akidah.
Maka congak punya congak pakcik dan makcik felda pun setuju nak jual semua saham yang ada, sebab teringinkan kereta baru. cuma pakcik dan makcik tu tak tahu, setakat ada 800 unit saham mana boleh jual, tak sampai 1 lot pun.. kah..kah..kah
Pakcik.. makcik
Proton baru jual dalam negara ni tak kan dapat harga macam tu.. itu harga proton jual dekat luar negara. Kah..kah.kah
Wow.. bertuah jadi rakyat malaysia kan. kene tipu setiap hari tapi diajar supaya mensyukuri nikmat yang "Pemimpin beri ".. puiiiii
Proton baru jual dalam negara ni tak kan dapat harga macam tu.. itu harga proton jual dekat luar negara. Kah..kah.kah
Wow.. bertuah jadi rakyat malaysia kan. kene tipu setiap hari tapi diajar supaya mensyukuri nikmat yang "Pemimpin beri ".. puiiiii
Kenapalah rakyat asyik kene tipu dengan pemimpin melayu yang kononnya nak selamatkan melayu.?
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.