Tentunya Mustapa berkata begitu antaranya Tun Daim yang ramalkannya tentang PRU 12 tepat tidak berani mengatakan Johor boleh bertahan kali ini jika BN tidak berbuat sesuatu.
Dr. Chua Soi Lek yang tidak tahu apa nasib MCA dalam PRU 13 ini mengira kenyataan Setiausaha Agung PAS seolah-olah karut.
Apakah kedudukan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebenarnya? Adakah seperti yang diramalkan oleh Mustapa Ali atau sangkalan Soi Lek itu benar?
Tetapi reaksi Menteri Besar Perak Dr. Zambry Abdul Kadir atas komen Nizar Jamaluddin tentang bidaan flet motokar WWW1 seolah-olah peluang Pakatan Rakyat menawan Johor itu bukan ramalan kosong. Harapan itu ada.
Kata Dr. Zambry, komen bekas Menteri Besar PAS Perak yang tidak disenangi oleh istana Johor itu telah menjejaskan harapan PAS untuk merampas Johor.
Erti disebalik ulasan Dr. Zambry itu, harapan PAS untuk menawan Johor Baru itu ada asasnya, sama juga dengan harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil Putrajaya.
Semua komen pembesar Umno dan BN sebelum ini menolak sama sekali Johor akan jatuh. Buat mereka apa yang pembangkang andaikan untuk mengamil Johor Baru itu adalah mimpi siang. Dari reaksi sekalian mereka bahawa mustahil Johor dapat dirampas kali ini.
Mungkin merampas Putrajaya lebih senang dari mengambil Johor Baru.
Dr. Zambry memang menyangkal apa saja yang disebut Nizar, tetapi dari kata-katanya seolah-olah kekuatan Pakatan itu di Johor memang ada.
Mungkin Johor akan kekal di bawah BN, tetapi peluang itu tidak berdasarkan bahawa Johor masih simpanan tetap Umno/BN tetapi ia adalah justeru kenyataan Nizar yang menyebabkan istana tersenggong.
Kalau Nizar tidak gatal tangan atas bida flet motokar yang lebih mahal dari harga kebanyakan motokar di jalan raya, maka payah bagi BN untuk mempertahankan Johor atau Johor betul-betul dilanda tsunami.
Tsunami itu berlaku mengejut. Tiba-tiba saja ia menyapu bersih segala yang ada di pantai. Ia tidak memberi amaran dan tiada belas kasihan. Ia sapu saja.
Komputer Nizar telah memberi isyarat tsunami kepada Johor dan BN sekarang seolah-olah dapat diselamatkan oleh komputer Nizar itu.
Umno dan BN sekarang menggunakan reaksi istana atas komputer Nizar itu bagi menyekat peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil Johor Baru.
Marah Umno kepada Nizar mungkin lebih besar dari murka Raja. Raja hanya menjelaskan bahawa bidaan itu tidak menggunakan sesen pun duit kerajaan Johor kerana Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk tujuan itu.
Tetapi Umno seolah dapat modal baru untuk menghalang Pakatan menguasai negeri itu. Nizar diberi amaran supaya jangan datang ke Johor. Nizar seolah-olah telah menggantikan Mohamad Sabu yang pernah dihalang bukan saja di Johor tetapi di beberapa negeri kerana isunya dengan Mat Indera buat beberapa bulan semasa merayakan sambutan kemerdekaan tahun lalu.
Ke mana Mat Sabu pergi mereka kacau. Mereka buat laporan polis dan Mat Sabu terpaksa naik mahkamah. Kini giliran Nizar pula. Polis pula dapat kerja baru menangani isu Nizar dengan flet motokar WWW1 itu.
Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub terpaksa membuat kenyataan bagi menjernihkan hubungan antara PAS dan istana. Dia tidak melihat isu Nizar itu menceminkan dasar PAS dalam hubungan dengan institusi istana.
PAS yang memperjuang kan Islam menyedari institisi wujud dalam Islam.
Bukankah Nabi Daud a.s. adalah seorang raja besar dan puteranya Nabi Sulaiman a.s. pula adalah raja seluruh alam, menguasai jin, angin dan semua haiwan.
Umno sebenarnya amat gerun dengan Salahuddin Ayub. Dia adalah orang Islam yang beribukan Cina. Kalau dia jadi Menteri Besar Johor Cina akan berpuas hati ada juga orang Melayu berdarah dan beribu Cina menjadi Menteri Besar.
Tidak berbangkit Cina boleh jadi Menteri Besar atau tidak.
Peluang PAS terjejas oleh kekuatan BN bukan kerana flet motokar yang disentuh Nizar.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.