Terima Kasih Nizar Jamaluddin

| comments

Rupanya beginilah wajah sebenar orang umno, apa saja isu yang boleh mereka lakukan untuk menagih simpati rakyat, akan mereka putar dan belit sehingga jadi isu besar, terbaru isu panas di selatan tanah air, isu tentang nombor plat kereta.

"tukanglawan" malas nak ulas isu itu, suka hati la jika ada duit banyak, nak buat apa, al-maklumlah, duit bukan boleh bawak sampai dalam kubur, jadi atas dunia inilah agaknya duit itu perlu dihabiskan.

Seperti kata Mohd Sayuti Omar dalam portal Harakah Daily, isunya timbul bila Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat.

Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan, tambahan lagi memang Puak umno mahu jadikan nizar ini mangsa seolah-olah dia itu memang seorang penderhaka.

Biarlah penderhaka dimata puak umno, asalkan dia seorang wira dalam hati rakyat.

Kalau benar Nizar itu seorang penderhaka, bagaimana dengan ribuan malah puluh ribu lagi yang mengeluh tentang isu plat itu, seperti yang pernah "tukanglawan tulis dulu, gara-gara JPJ mahu untung besar, rakyat dan sultan sendiri dijadikan mangsa. seeloknya nombor plat itu tidak dijajakan, simpan saja supaya tidak jadi rebutan, tidak jadi taruhan.

Tak apalah, nanti kalau "tukanglawan" ulas panjang isu itu, "tukanglawan" pun akan dianggap penderhaka.

Orang melayu islam ini lebih sensetif sebenarnya bila sultan mereka ditegur, sedikit saja teguran sama seperti menderhaka, sedangkan bila para ulama di hina terang-terangan, di tohmah di fitnah dan ada kalanya di ancam, mereka sedikit pun tidak rasa apa, bagi mereka itu biasa. sedikit tidak terkesan rasa sedih atau apa pun dalam jiwa mereka saat pewaris nabi dicerca.

Orang melayu yang itulah bila kes nombor plat ini berhimpun beramai-ramai, bawa sepanduk dan bersatu kononnya, tapi dalam banyak kes lain kemana mereka ini, semasa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahan negeri dan kedaulatan negara mereka.. itulah sikap sebenar puak melayu itu, satu wajah punya dua rupa.

Dan setiap perkara ada hikmahnya, kita patut berterima kasih pada Nizar sebenarnya, kerana dialah topeng muka melayu  yang itu nampak jelas, apa saja perlu dilakukan untuk mendaulatkan sultan, tapi jika ia berkaitan dengan kedaulatan tanah air, tak kisah lah jika mereka menjadi lembik pun, perkara itu jelas terlihat bukan, seperti yang terbaru berkaitan isu pengerang, mereka diam padahal itu berkaitan dengan keselamatan mereka sendiri.

Selepas ini kita lihat sama ada melayu itu akan bangkit bangun bila kedaulatan tanahair dan "daulat" hidup mereka dilanggar oleh kapitalis umno sendiri?, atau apa yang mereka lakukan dalam kes nombor plat ini hanya sandiwara sahaja?.

Dalam kes ini, Nizar yang pedulikan rakyat itu tertikam diri sendiri kerana kejujurannya.  dalam negara malaysia ini, mana mungkin kejujuran dan kebaikan itu dapat melawan segala jentera umno yang jahat itu.

Masih sekali lagi melayu umno itu bermain dengan sentimen Raja mereka bilaman Sentimen Kaum sudah tidak lagi laku, dan bila sentimen agama sudah terlalu sukar mereka mainkan, kali ini mereka agak berjaya dengan permainan raja dan penderhaka mereka sehingga umno itu terlupa, mereka dulu lah penderhaka sebenarnya.

Tak apalah, namun apakah kita masih ingat lagi cerita ini?

Satu ketika dulu ketika nabi dan pengikutnya kelaparan, mereka mengikat batu di perut bagi menahan lapar, pengikut nabi mengikat 1 ketul batu, namun nabi mengikat 2 ketul batu kerana terlalu kasih pada umatnya dan tidak mahu umatnya kelaparan... Wallhualam...



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit