Kenyataan Khairi buat Najib Gelabah.

| comments

"Ramai kata saya sokong Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar sampai tahap nak telan cincin. Ada ramai pemimpin Umno lain termasuk yang ada di kabinet yang pernah 'telan cincin' Anwar Ibrahim.

"Kalau nak kata yang sokong Anwar Ibrahim tu, ramai pemimpin senior dalam Umno yang banyak sokong Anwar dulu... Ada pemimpin Umno yang masih lagi dalam kepimpinan tertinggi Umno yang pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan dia," tegas Khairy disambut tepukan hadirin.

Hah, nampaknya kalau najib baca apa yang dah diperkatakan oleh Khairi tu, maka dahi najib akan berpeluh dengan sendirinya, tak perlu tunggu sapina dari mahkamah perancis pun, dahi najib akan mengeluarkan peluh dingin.

Cerita menarik tentang beberapa MP dan beberapa senior dalam BN yang sehingga sekarang masih tak mampu lari dari Anwar Ibrahim itu sudah lama "tukanglawan" tahu.

Ada beberapa pemimpin umno ( menteri ) yang bila jumpa Anwar dalam lif di parlimen akan mencium tangan Anwar sampai ditelan sekali cincin itu, mereka tidak tunjuk didepan ramai, tapi sayangnya mereka pada bekas BOSS mereka itu ditunjukkan dalam lif di parlimen ketika tidak ramai orang.

Ada juga seorang MP itu yang minta disampaikan kepada Anwar bungkusan coklat, dan Anwar menerimanya, bungkusan itu dibawa ke pejabat dan Anwar kongsikan bersama staff- staffnya.

Malah ada 2 orang MP dari sebuah negeri yang berebut menyatakan mereka la dulu sain perjanjian untuk melompat parti dan kita tahu siapa dia, nama mereka kekal sampai ke hari ini dan mereka sedang tunggu masa. itu "tukanglawan" dan rakan-rakan tahu, najib juga tahu siapa mereka..

Malah ada kisah yang paling menarik tentang menteri seorang ini, yang sampai sekarang mengganggap Anwar Ibrahim seperti abangnya sendiri, dan jangan sesekali mengata Anwar dihadapannya. maka dengan tidak sengaja darahnya akan menggelegak dan minta semua orang keluar sebelum dia menggila. itu "tukanglawan" tahu.

Peristiwa itu berlaku ketika ibu si menteri itu meninggal dulu, ketika itu Anwar yang ada urusan dikawasan itu lantas hadir menziarahi, beliau menguruskan jenazah sehingga mengusung jenazah ibu menteri itu ke kuburan, Anwar melakukan sampai tahap itu.

Dan yang lebih menarik Anwar lakukan itu kerana rasa tanggunjawabnya sebagai seorang Islam. dan sehingga ke hari ini , menteri itu tidak suka orang perlekehkan Anwar di hadapannya.

Siapa dia, kami tahu..... Jadi najib, anda harus hati-hati, walaupun anda perdana menteri, tapi anda tidak mampu buat seperti apa yang Anwar buat..... kerana Anwar lakukan sesuatu dari hatinya, padahal anda cuba mahu mengikut apa yang dilakukannya.

Khairi, tolong jangan bagi Najib gelabah lagi, sebagai Perdana menteri terakhir dari Umno, biarkan saja dia terus meracau.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit