Orang kuat Umno Ditempelak Oleh Artis

| comments

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Kita disajikan dengan dengan berita kemasukkan beberapa artis kedalam umno semalam, antaranya Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza, tapi tak apalah, sesiapa pun bebas untuk memilih ideologi politik masing-masing.

Memilih ideologi politik ini subjektif, ada yang memilih satu-satu parti politik itu berdasarkan pemahaman, ada juga kerana faktor keluarga, Mak bapak umno, jadi tidak menyokong umno itu seolah-olah telah murtad pada fikiran orang yang kolot.

Kita harus la juga faham, ada sesetengah artis ini memilih untuk menyokong kerajaan, mungkin kerana terlalu  sayangkan periuk nasi mereka, manusia kadangx2 terlupa bahawa rezeki itu urusan ALLAH. jadi tahap kebergantungan kepada pemerintah itu masih tebal.

Tapi bagaimana pula artis lain yang telah berhijrah dan menyokong pakatan rakyat, antaranya Bob Lokman, Aishah, Sham Kamikaze, Wardina, Yassin,  Man Kadir dan ramai lagi yang menyokong secara senyap, tindakan mereka menentang pemerintah sedia ada ini kadang kala merisikokan diri mereka.

Menjadi pak angguk dan pak turut itu sangat mudah, tapi menjadi orang yang berani bersuara menentang ketidakadilan itu sangat payah.

"tukanglawan" tertarik dengan tindakan seorang artis lelaki yang menempelak kenyataan seorang orang kuat umno di laman Facebooknya, Agaknya kerana kenyataan tersebut, beliau naik radang dan mempertikaikan sendiri kenyataan orang kuat umno yang dangkal itu.

Memang di negara ini, bila artis memilih untuk menyokong pakatan rakyat, dia akan dikecam dan diperlekeh, tapi bila artis masuk umno, dia akan disanjung hebat dan akan diberi keutamaan paling hebat.

Tak apalah, umno pun sudah nak mampus, sana sini umno yang memang suka menipu rakyat itu sedang gali kubur sendiri, biarkan mereka terus tunjuk kebodohan mereka. rakyat tersenyum melihat telatah kelam kabut mereka.

Artis juga melihat, "umno bukan lagi parti yang membela melayu, umno parti yang menjaja nama melayu untuk terus kaut harta negara untuk anak bini mereka, umno tak mampu menjamin keamanan negara, kerana mereka kini sedang timbulkan huru hara".

Malangnya Malaysia kerana rakyat baru kini tersedar umno itu penipu, apa tidaknya umno itu anak emas penjajah.


Umno sejak zaman mahathir telah tersasar teruk, sejak zaman mahathir umno memperbodohkan orang melayu, menyemai perasaan umno itu penyelamat mereka, umno itulah yang sangat besar jasa kepada mereka, dan itu masih kuat dipegang oleh mereka yang malas berfikir dan terus hanyut diperbodohkan umno.

Tapi nasib baiklah ramai antara artis yang sedar dan tahu rialiti sebenar, mereka tidak lagi bodoh dan jumut, mereka mencari rezeki sebagai artis yang profesional, mereka tahu kerjaya itu periuk nasi mereka, dan mereka ada pendirian sendiri, tidak hanyak ter ikut-ikut dan menyokong satu belah pihak demi sesuap nasi saja.

Persoalannya, apakah lebih ramai artis akan ikut jejak Haire Othman yang menyatakan pendirian mereka?, jawapannya sudah tentu ya, kerana mereka sedang memerhati perangai kebudak-budakan umno yang hampir pupus itu.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit