Khairi Sabotaj Umno Dalam Debat

| comments

Semalam "tukanglawan" berada dalam Debat PTPTN antara Rafizi Ramli dan Khairi Jamaluddin, , tapi malam ini sekali lagi "tukanglawan" lihat kembali rakaman debat berkenaan. (lihat video disini)

Habis menonton rakaman tersebut tiba-tiba terfikir "tukanglawan" apakah khairi sengaja mensabotaj umno, ini kerana khairi dicanang sebagai seorang yang sangat bijak dan hebat di pentas debat, tetapi rialitinya tidak sama sekali, khairi teruk dilunyaikan Rafizi Ramli dengan hujah-hujah yang mantap dalam debat tersebut.

Khairi juga beria-ia mempromosikan buku jingga, beberapa hujahnya dikaitkan dengan buku jingga, tindakan itu sudah pasti khairi sedari akan mengundang persolan dan rakyat akan mencari jawapannya di dalam buku jingga.

Kemudian Khairi bercakap tentang "keborosan", dia menggatakan Anwar seorang yang boros, padahal kita semua tahu Anwar bukan seorang yang boros jika mahu dibandingkan dengan pemimpin umno lain.

Apakah tindakan Khairi itu sebenarnya mahu memerli Najib yang dilihat terlalu boros dalam berbelanja , malah keborosan anak beranak najib terutama rosmah juga pada tahap yang sangat menakutkan, apakah ini satu signal kepada penonton, supaya harus ingat perkara tersebut.

Malah yang lebih handal Khairi sengaja membuka isu NFC dalam debat ptptn, apakah rafizi sengaja mahu ingatkan penontong bahawa pemimpin umno ini kurang boleh dipercayai?

Apakah Khairi mahu mensabotaj umno dengan memberi hujah kurang bermaya, sebagai seorang yang dicanang bijak, seharusnya Khairi lebih handal dari apa yang diberikan.

Tapi "tukanglawan" lihat satu signal jelas diberikan, Umno belum layak berdebat secara profesional,  wakil umno itu lari dari tajuk dan menggunakan pentas tersebut seolah-olah sedang berkempen pilihanraya. maka tidak hairan la kenapa najib sangat takut mahu diajak berdebat.. kerana mereka tidak mampu "menyengat" diatas pentas debat  kah..kah..kah.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit