Kebetulan "tukanglawan" menghadiri satu program di Shah Alam semalam, jadi sebelum pulang, kawan-kawan ajak hadir sekali ke Demo Mansuh TOL yang dianjurkan Pakatan Rakyat Selangor di Plaza tol batu 3.
Apa yang "tukanglawan" fikirkan mungkin demo tersebut agak hambar, maklumlah hari ahad kebiasaannya orang ramai mahu bersama keluarga, mahu jalan-jalan dengan teman-teman. tapi itu salah rupanya, Ramai Kawan-kawan yang turun sama-sama tuntut penutupan tol tersebut.
Dalam Tafsiran "tukanglawan" lebih dari 300 orang semalam di Tol batu 3 saja.
Kenapa ramai?, mudah sangat jawapannya, Mereka ini hadir untuk menolak kutipan tol tersebut, memang tol tersebut menyusahkan mereka, sebab itu waktu selalunya mata tengah mengantuk mereka sanggup hadir berpanas.
Kenapa ramai?, mudah sangat jawapannya, Mereka ini hadir untuk menolak kutipan tol tersebut, memang tol tersebut menyusahkan mereka, sebab itu waktu selalunya mata tengah mengantuk mereka sanggup hadir berpanas.
Lebih hebat dari itu, bukan setakat mereka yang hadir dari sekitar Shah Alam saja yang turun menuntut pemansuhan Tol tersebut, namun turut mendapat sokongan daripada ratusan pemandu persendirian dan kenderaan awam yang membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus tanda sokongan mereka terhadap desakan ini.
Turut hadir bersama rakyat dalam himpunan semalam ialah Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad, MP Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, Exco kanan Selangor Ronnie Liew, Dr Xavier Jeyakumar dan Adun Seri Muda, Shuhamie Shafiei.
Kumpulan itu turut mengedarkan pelekat kereta- ‘Mansuhkan Tol, Demi Rakyat’ kepada orang ramai yang melalui tol terbabit, diketuai Ketua Angkatan Muda KEADILAN AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dengan bendera parti yang dikibarkan, sokongan dari pemandu kenderaan, bunyi hon dan isyarat bagus yang ditunjukkan, semalam suasananya seperti pagi selepas "pakatan rakyat telah menang PRU 13".
Nak rasa suasana macam tu tapi dalama skala lebih besar, senang je.. kita bagi Umno kalah dan diam, amacam.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.