Sudah bilang banyak kali pada puak-puak umno ini, nak berdebat ke, nak berceramah ke, gunalah akal. rakyat bukan nak dengar isu yang bohong, tapi rakyat nak penjelasan apa yang sebenarnya berlaku dalam negara.
Tapi sebab nama umno itu tak pernahlah siar benda betul kecuali fitnah sana dan sini, maka akhirnya bikin sendiri malu saja.
Kita pun dah tahu bagaimana Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.
ketika ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tersebut, beliau menjawab
"Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang, kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.
Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam
“Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga,” kata Ir Nizar dalam laman Twitternya.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Kah, kah kah, "tukanglawan" nak tanya la, berani ke orang umno buat macam tu, opssss... salah pulak, pakatan rakyat tak macam umno yang suka fitnah-fitnah, yang ade pun isu NFC , kapal selam dan isu rakyat, mungin lebih sesuai kalau tanya....
Berani ke Najib atau Rosmah atau Sharizat buat macam Nizar buat?, rasanya tak berani kottttttttttttttttttttt...
Berani ke Najib atau Rosmah atau Sharizat buat macam Nizar buat?, rasanya tak berani kottttttttttttttttttttt...
Dan satu lagi pesan "tukanglawan" seperti kata Ir Nizar, dijemput lebih ramai orang Umno datang ke ceramah pakatan lepas nei ye".. baru sampai maklumat.,
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.