Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat  kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu  Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan  kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5  orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan  demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.
Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah  memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana  terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya  mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun  selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah  Rayuan pula.
Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan  kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman  penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah  AUKU dipinda.  Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal  dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4  mahasiswa UKM ini.
Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang  mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di  kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah  kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang  undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara  mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa  Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi  pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan  mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara  rakyat!
Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat  mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang  lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama  kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar  dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.
Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan  mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah  dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu  memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik,  membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan  raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan  memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.
 Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan  kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya  tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran  tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan  agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan  agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi  kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan  hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang  zalim.
Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan  kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya  tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran  tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan  agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan  agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi  kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan  hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang  zalim.Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil  kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan  keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing  dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah,  menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh,  bebaskan mahasiswa!
Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
 
 
 Muka Depan
   Muka Depan 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.