KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Tanggal 28 April 2012 telah mencatat satu sejarah yang besar bagi negara kita apabila lebih 500 ribu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta pandangan sisi politik telah berkumpul di seluruh dunia terutamanya Dataran Merdeka untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Seperti demontrasi Bersih, Bersih 2.0, tunjuk perasaan kali ketiga ini sama tuntutannya seperti siri yang terdahulu iaitu berkenaan isu demokrasi yang pincang, dengan siri penipuan yang yang menjolok mata seperti penipuan senarai daftar pemilih. Perkara ini telah mencapai kemuncaknya.
Bersih 3.0 telah menjadi jawapan terbaik yang diberi oleh rakyat, sekurang-kurangnya telah membuka mata pemimpin angkuh bahawa rakyat telah protes secara terang-terangan supaya PRU ke 13 wajib dijalankan secara telus dan adil.
Seperti yang apa yang dijangka, Kedatangan rakyat di Dataran Merdeka disambut dengan meriah oleh pihak polis dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata serta pukulan yang begitu rakus kepada rakyat.
Terima Kasih BN kerana lakukan rakyat sebegini rupa. Terima Kasih atas pemberian semburan yang menyakitkan dan gas pemedih mata. Kami akan simpan kenangan ini dan bawa kepada pilihanraya yang akan datang. Tentunya bukan BN lagi pilihan kami.
Jika anda ingat, kita telah memerah peluh untuk membayar pelbagai cukai kepada kerajaan. Tetapi kerajaan bongkak ini telah menggunakan duit itu untuk membeli gas pemedih mata, membayar gaji polis , membeli air berasid lalu menyuruh kuda tunggangan mereka menyerang rakyat semula. Ini yang dikatakan kerajaan yang tidak kenang budi dan kurang ajar kepada rakyat.
Disini saya mengajak para pembaca untuk bersedia menyertai Revolusi Menjatuhkan Kerajaan jika pilihanraya kali ini kotor seperti yang terdahulu. Kita sudah turun ke jalanraya sebelum pilihanraya. JIka mereka tidak mendengarnya, ayuh kita turun ke jalan semula bukan lagi menuntut pilihanraya yang bersih tetapi untuk jatuhkan rejim kuno ini. Syabas yang telah berjaya turun 428.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.