Azmin Bukan Anak Derhaka, Ini Politik Kotor Menjelang Pilihanraya.

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Dah Habis usaha jahat menfitnah serta memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, Kini Beruk-beruk Makyeh takde otak  menyerang pula Azmin Ali, Dulu sibuk mereka serang Azmin, Kononnya punya saham juta-juta, tapi perkara itu dinafikan sendiri oleh bekas pengarah SPRM Dato Shafee Yahaya dalam sebuah buku bertajuk "The Shafee Yahya Story".

  Ummi Halfida kononnya punya banyak bukti berkaitan Anwar Ibrahim, sampai hari ini masih tak tunjuk-tunjuk buktinya, tapi secara terbuka terus menyerang saudara kandungnya Azmin Ali, lebih dari itu, Ibu Azmin Ali juga diusung dalam politik kotor ini, bukan sahaja oleh ummi, tapi oleh Umno Khasnya.

Kononnya Azmin Ali ini Anak Derhaka, Benarkah, kalau kita buka kembali sejarah, Ummi ini sendiri pernah dibuang oleh ayahnya, kerana  apa?, cari sendiri jawapannya... cerita itu, surat itu sudah banyak kali diulang siar, 

Apakah Azmin ini anak derhaka?, baca ulasan beliau dibawah dan nilai sendiri.



Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan.

Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.

Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.

Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Taktik jahat umno tidak menjadi, ia terus membakar semangat Azmin ali untuk terus berjuang.

Pernahkah umno melawan dengan fakta dan kebajikan rakyat, mengapa umno selalu bertarung dengan mengusung budaya jijik yang kotor lagi jahat. apakah itu budaya politik yang kita mahu?.

Negara akan hancur jika selamanya umno berkuasa. Pilihan ditangan anda, bermain dengan politik kotor dan jijak, atau bertarung demi kesejahteraan rakyat.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit