Thailand Arah 6 Wilayah Berpindah Kerana Amaran Tsunami

| comments

Thailand telah mengeluarkan arahan berpindah  untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.
Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Dis 2004.

Sementara itu , beberapa tempat di negara ini dijangka juga akan dilanda tsunami, Georgetown Pulau Pinang dijangka akan dilanda badai tsunami jam 9 malam nanti, Port Dikson pula dijanga mengalamai thunami jam 2.00 pagi, walaubagaimana pun "tukanglawan" tidak pasti apakah ada arahan pemindahan dikeluarkan kerajaan

Singapura dijangka dilanda badai tsunami pada pagi esok.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit