Harga minyak dinaikkan, pasti mengundang kenaikan harga barangan lain, harga makanan juga selepas ini akan dinaikkan, dan jika tidak naikk pun, saiz roti canai di keadi-kedai mamak di keadi-kedai mamak milik "kimma" akan jadi sedikit "kecut persatuan "kimma" akan jadi sedikit "kecut" saiznya.
Itu kesan kenaikkan harga barangan, malangnya perkara itu tidak pernah difikirkkan ramai orang, terutama penyokong tegar Umno, bagi mereka naik minyak 10 sen itu tidak datangkan kesan, al-maklum la. rata-rata ahli tegar umno ini "kaya"
Mana tidaknya, timbalan menteri juga tidak perihatin kepada nasib rakyat, apa lagi ponyokong-penyokong umno, lagi lah tidak. masalah rakyat bukan masalah mereka.
Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe bahawa kenaikan harga gula dan bahan api tidak terlalu membebankan pengguna adalah tidak logik.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kenyataan Tan tidak logik dan gagal mengambil kira kesan kenaikan harga gula dan bahan api kepada produk lain.
“Kenaikan harga gula pasti akan menaikkan harga makanan di kedai-kedai dan pasar. Apatah lagi dengan kenaikan harga bahan api yang umum tahu akan menaikkan harga banyak barang utama.
“Pada masa yang sama, kenaikan harga barang ini tidak selari dengan kadar pendapatan rakyat yang tidak meningkat,” jelasnya.
Justeru, Yahya menyifatkan Tan memandang remeh masalah yang dihadapi rakyat serta tidak melihat situasi ini secara menyeluruh.
Memetik laman Malaysiakini, ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), Tan mengatakan kenaikan bahan api hanyalah kecil kepada purata pengguna jalan raya.
Kenaikan 20 sen bagi sekilogram gula pula hanya melibatkan kenaikan RM1 kepada belanjawan isi rumah pengguna, yang puratanya menggunakan 5kg gula sebulan.
Tan turut mengungkapkan inisiatif kerajaan seperti pemberian subsidi dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dapat membantu rakyat berpendapatan rendah.
“Memang benar harga di KR1m rendah, tapi ada berapa buah KR1m di Malaysia? Adakah KR1M sampai ke kawasan pedalaman seperti Tanjung Karang dan Gua Musang?” soal Yahya.
Katanya lagi, kerajaan melalui anak syarikatnya patut menjadi pengimport utama kepada barang-barang utama seperti dilakukan dahulu melalui Perbadanan Nasional (Pernas).
“Dengan cara ini, harga barang dapat dikawal. Barang-barang akan diedar kepada pemborong dan seterusnya peruncit dengan harga murah. Akhirnya, semua rakyat akan menikmati harga barang yang berpatutan.
“Tapi malangnya pada masa ini, barang-barang ini dikawal oleh kroni Umno BN, seperti gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,” katanya lagi.
Patutlah tak peduli, sebab kerajaan meniaga dengan rakyat, jika tidak masalan RON95 lebih mahal dari RON97 , memang rakyat didahulukan la, rakyat dulu kene.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.