Macam biasalah, akan "tukanglawan" kongsikan dengan anda semua jika ada artikel menarik dari rakan-rakan lain, penyebaran informasi itu lebih penting , supaya rakyat tahu kebobrokan si pemerintah yang kejam dan rakus itu.
Isu tapak Masjid di pulau pinang, seperti biasa dimainkan secara berterusan oleh ketua pemuda mamak yang mengaku melayu , opsss. maksud "tukanglawan" oleh ketua pemuda pulau pinang yang mengaku melayu, maaf.. maaf, ketua pemuda umnuuuuuuuuu lembu...
Maaf, "tukanglawan" terlalu keliru, kerana setahu "tukanglawan" Umno itu khas untuk melayu sahaja, sejak bila orang mamak itu dianggap melayu, mungkin zaman mahathir agaknya. (agak sedikit rasis tukanglawan berbanding hari lain , kerana puak umnuuuuuuu lembu lebih rasis, jadi nak bercakap dengan puak ini perlulah guna istilah dan contoh yang mereka senang faham)
Kenapa isu ini dimainkan, diulang ulang di TV3 suku supaya rakyat tertipu, mudah sekali jawapannya, Umno perlukan sokingan orang melayu, dan isu agama sangat nostalgik bagi orang melayu, dan orang melayu kadang-kala bodoh tak mahu fikir dalam-dalam, jadi tindakan orang melayu yang tak berfikir sebenarnya memalukan diri sendiri, malah kesucian Islam tercemar kerana perangai melayu yang tak berfikir secara bijaksana.
Ini adalah contoh penipuan yang dilakukan oleh umno, pakcik dan makcik dikampung akan terpengaruh, hilang sedikit undi di Pulau Pinang yang melayu tak ramai dan tak mungkin BN akan menang itu hanya pengorbanan kecil untuk memenangkan umno di tempat lain. lagi pun orang melayu bukanlah bijak hal perancangan bandar, jadi mudah sangat ditipu golongan lembu ini, errr, maksud "tukanglawan" golongan peternak "lembu NFC " ini.
Ok, masih tidak faham isu apa yang mahu "tukanglawan" bawakan?, mudahnya begini, Ketua Pemuda Pulau Pinang yang mengaku melayu itu telah menuduh ketua menteri menjual atau melenyapkan tanah masjid, kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah mengkhianati orang melayu dan orang Islam khasnya.
Untuk perhatian ini bukan kali pertama Ketua Menteri Pulau Pinang difitnah oleh orang yang sama. dan fitnah tersebut telah dijawab seperti mana dibawah.
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012
Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Untuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain Daripada Mengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.
Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.
Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.
Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.
Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.
UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.
Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Lim Guan Eng
Masih sukar mahu faham, biasalah, kita bukan pakar dalam perancangan bandar, dan tidak ramai antara kita yang benar-benar jelas berhubung prosedur perancangan bandar, bagaimana sesuatu plan asal yang dikemukan itu boleh dipinda dan diubah bila tanah atau kawasan tertentu ditukar miliknya., baca penjelasan ketua AMK Pulau Pinang dibawah.
Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak Umno menyerlahkan ketidakprihatinan mereka dalam hal pembangunan.
Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sendiri iaitu Ir Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.
Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.
Namun, beliau berkata, selepas kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.
Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.
Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.
Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).
Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.
Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.
Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1,200 atau 1,500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan juga sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.
Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.
Namun begitu ‘master plan’ tersebut hanya diluluskan kepada pihak pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana pelan pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.
Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.
Terpulang kepada tuan tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.
Tidak timbul soal tapak untuk masjid atau sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina masjid atau sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.
Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.
Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.
Sekali lagi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamerkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak masjid sedangkan tapak masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.
Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.
Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.
AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamerkan pelan pembangunan induk (master plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.
Dan di samping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan di zaman pemerintahan Umno BN dulu.
Amir Ghazali ialah Ketua AMK Pulau Pinang.
Jadi kita sudah dapatkan sedikit gambaran tentang isu fitnah diatas, ia adalah isu yang sengaja diada-adakan supaya rakyat memandang serong terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau pinang yang berbangsa cina itu, ia bertujuan supaya timbul kebencian orang melayu terhadap masyarakan cina, dengan itu orang melayu kembali menyokong umno.
Ini adalah satu cara berpolitik yang salah, permainan politik kotor dan jahat umno tidak seharusnya kita biarkan, jika benar mereka mahu mentadbir lagi negara ini, bersaing dengan cara yang betul, bentangkan plan-plan atau rancangan yang boleh meyakinkan rakyat, yang beri kebaikan pada rakyat. bukan dengan sabotaj dan kerja kotor memfitnah ini.
Jadi anda nilai sendiri kenapa "tukanglawan" memang tidak memihak kepada Umno atau Barisan Nasional, ini zaman "pencerahan" dimana rakyat perlu diajak berfikir lebih kehadapan dengan menitik beratkan nilai murni dalam kehidupan, merubah cara berfikir supaya negara lebih baik dan makmur.
Ini adalah satu cara berpolitik yang salah, permainan politik kotor dan jahat umno tidak seharusnya kita biarkan, jika benar mereka mahu mentadbir lagi negara ini, bersaing dengan cara yang betul, bentangkan plan-plan atau rancangan yang boleh meyakinkan rakyat, yang beri kebaikan pada rakyat. bukan dengan sabotaj dan kerja kotor memfitnah ini.
Jadi anda nilai sendiri kenapa "tukanglawan" memang tidak memihak kepada Umno atau Barisan Nasional, ini zaman "pencerahan" dimana rakyat perlu diajak berfikir lebih kehadapan dengan menitik beratkan nilai murni dalam kehidupan, merubah cara berfikir supaya negara lebih baik dan makmur.
Kerja jahat yang dibuat oleh ketua pemuda Umnuuuuuuuuuuuu Pulau Pinang itu dianggap Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih, ini berikut pendedahan satu laman blog yang membongkar perilaku ketua pemuda Pulau Pinang itu yang sebenarya diam-diam menindas orang melayu di kawasannya sendiri, baca petikan yang disalin dibawah.
Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..
Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..
Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih
Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).
Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?
Jangan cakap tak serupa bikin!kahkahakahakaha! Tunggu pembongkar selanjutnya..heheheheh
"tukanglawan" sudah lawati blog CATS THINKER yang penuh berita terbaru, apa kata anda juga lawat blog berkenaan untuk lebih kenal siapa mamak yang mengaku melayu itu sebenarnya. sebarkan artikel ini, cukuplah diperbodohkan oleh Umno, ita tidak bodoh seperti lembu.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.