BERSIH 3.0 secara rasminya diumumkan.

| comments

Seperti yang pernah disiarkan oleh "tukanglawan" sebelum ini (sila baca disini), hari ini, jawatan kuasa pemandu BERSIH 3.0 Mengesahkannya, BERSIH 3.0 akan dilangsungkan pada 28 April ini , bukan sahaja di dataran merdeka, tetapi seluruh negara dan seluruh dunia serentak jam 2 petang.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain kata sasterawan negara itu lagi. Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Insyallah selepas ini "tukanglawan" akan berikan lebih banyak informasi tentang bersih dan imbasan himpunan Bersih 2 yang lalu kepada anda., terus setia bersama kami.

Imbasan kisah menarik Bersih 2.0

Flashback 709 siri 1 (Bagi Cina Jalan Dulu)
Flashback 709 siri 2 (Jika Itu Ajalku)
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit