Umno masih tak mahu kalah,sedangkan sebelum ini gerakan dan kini MCA pula menentang LYNAS kerana ketakutan hilang terus sokongan masyarakat cina. nah, lihat sajalah betapa egonya Umno, mana mahu dengar saranan parti komponen lain.
MCA tampil pula dengan gesaan baru ke atas kerajaan supaya tidak membenarkan syarikat Lynas Corporation daripada terus mengusahakan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Dalam satu kenyataan semalam, presiden MCA Chua Soi Lek berkata perkara itu merupakan hasrat majoriti rakyat yang menentang projek Lynas, kata Chua.
"Sebagai kerajaan yang responsif dan sensitif, yang menghormati pandangan rakyat, MCA menggesa kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek itu.
"Walau ada pandangan dan pendirian berbeza mengenai tahap keselamatan Lynas, pandangan umum adalah projek itu bukan sesuatu yang menghasilkan jumlah pekerjaan yang tinggi atau pelaburan kemahiran teknologi bernilai tinggi," katanya lagi.
Chua juga menegaskan, dengan huruf besar, bahawa LOJI ITU TIDAK DIPERLUKAN DI PAHANG
Tambah Chua Soi Lek, ramai rakyat Malaysia, termasuk pemimpin parti itu dari Pahang, yang menyuarakan bantahan mereka ke atas loji berkenaan.pandangan itu turut dikongsi akvitis alam sekitar yang telah ditemui MCA.
"MCA tidak akan berkompromi dalam soal ini. Parti ini tidak akan berubah daripada pendiriannya untuk mendengar suara daripada akar umbi," katanya.
MCA merupakan parti komponen BN kedua yang telah menyatakan penentangan ke atas projek berkenaan selepas parti GERAKAN.
Nah, sekarang MCA dan gerakan sudah tunjukkan kepada rejim najib bahawa tindakan membenarkan kilang LYNAS beroperasi adalah kebodohan UMNO, namun apakah parti terbesar orang melayu itu akan akur pada kehendak rakan sekutunya?
Kebimbangan dan apa yang disuarakan MCA ini kosisten dengan apa yang disebut-sebut oleh Pakatan rakyat sebelum ini, apakah pakatan rakyat membohongi rakyat selama ini?, atau Pakatan Rakyat suarakan kebimbangan rakyat?
Kalau anda ahli Umno, fikir baik-baik pilihan anda., Jelas "tukanglwan" sedang menghasut anda dengan berkata, kekalahan Umno adalah lebih baik buat Malaysia.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.